Tuesday, January 02, 2007

InNI: Kesahan dan Kebolehpercayaan

Inventori Nilai Integriti (InNI): Kesahan dan Kebolehpercayaan[1]


Ezhar Tamam, Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah,
Amini Amir Abdullah, Nurizan Yahya, Halimah @ Alma Othman
dan Hanina Halimatusaadiah Hamsan

ABSTRAK

Staf berintegriti tinggi merupakan aset utama organisasi. Bagaimanapun, bilangan alat ukuran integriti dalam konteks budaya Malaysia masih terhad. Sehubungan itu, Inventori Nilai Integriti (InNI) dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia untuk mengukur nilai integriti individu. Sejumlah tiga orang arbiter yang terdiri daripada pakar dalam bidang nilai dan berpengalaman luas dalam bidang akademik dan pentadbiran telah dilantik untuk menilai kesesuaian dan kecukupan item yang dibangunkan untuk mengukur nilai integriti staf. Pra-uji bahasa pula dibuat terhadap 15 orang staf daripada pelbagai kategori perjawatan di sebuah universiti awam di malaysia manakala pra-uji alat ukuran dibuat ke atas 50 orang staf daripada pelbagai fakulti dan kategori perjawatan di sebuah kolej universiti di Malaysia. Responden bagi kajian pula terdiri daripada sejumlah 2530 orang staf daripada pelbagai fakulti dan kategori perjawatan di sebuah universiti awam di Malaysia. Hasil pra-uji bahasa menunjukkan 83% daripada item difahami oleh sekurang-kurangnya 80% responden. Analisis arbiter yang dibuat menunjukkan kesahan kandungan item yang tinggi iaitu dengan pekali kesahan 0.959. Kebolehpercayaan InNI adalah tinggi iaitu 0.8639 semasa prauji dan 0.927 semasa pengumpulan data sebenar. Analisis faktor yang dibuat pula menghasilkan satu faktor tunggal yang menunjukkan alat ukuran mengukur gagasan yang sama iaitu nilai integriti. Dapatan kajian turut menunjukkan kesahan gagasan InNI. Kajian mendapati, nilai integriti mempunyai hubungan signifikan dengan staf yang pernah menerima anugerah diperingkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Nilai integriti juga mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan tahap amalan agama staf. Berasaskan keputusan yang diperolehi, kesahan hadapan, kesahan kandungan, kebolehpercayaan dan kesahan gagasan InNI adalah tinggi. Sehubungan itu, InNI didapati berupaya mengukur nilai integriti individu dengan tepat dan konsisten.

Kata kunci: Inventori Nilai Integriti (InNI), kesahan, kebolehpercayaan



LATAR BELAKANG NILAI INTEGRITI

Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Nurizan Yahya, Halimah Alma Othman & Hanina Halimatusaadiah Hamsan, 2005).

Nilai-nilai murni tersebut adalah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia iaitu nilai dan etika perkhidmatan awam di Malaysia. Nilai dan etika perkhidmatan awam terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu, menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Tonggak Dua Belas berasaskan tujuh teras etika perkhidmatan awam iaitu: berazam meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membenteras kelemahan serta musuh negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Nilai dalam Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam. Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam pula merangkumi nilai peribadi asas, nilai mengutamakan pelanggan, nilai kepimpinan, nilai profesionalisme, nilai produktiviti/kualiti dan nilai-nilai keagamaan.

Kesemua nilai-nilai murni tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kesucian hati (purity), amanah (trustworthiness) dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak (wisdom). Jadual 1 menunjukkan nilai dan etika perkhidmatan awam berasaskan tiga klasifikasi tersebut. Kesemua nilai-nilai ini adalah penting untuk memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai kualiti bertaraf dunia (Jamiah et. al, 2005).

JADUAL 1

Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam


Kesucian Hati
Amanah
Kebijaksanaan
Teras Perkhidmatan Awam
Berpegang teguh
kepada ajaran
agama
Meningkatkan mutu perkhidmatan, bertanggungjawab memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara serta bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh negara.

Tidak mementingkan diri, bekerja penuh muhibah dan kemesraan
Nilai Murni Profesional
Ikhlas

Adil, amanah, bertanggungjawab, dedikasi, tekun dan berdisiplin



Etika Pentadbiran Awam
Benar

Jujur, adil dan berani

Pemaaf, sabar, tenang, mudah didampingi, simpati dan sopan

Nilai-Nilai Peribadi Asas
Ikhlas
Amanah, bersih, bertanggungjawab,
berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama dan tekun


Sederhana
Nilai Mengutamakan Pelanggan


Berbudi mulii, bersabar, sopan santun dan peramah

Nilai-nilai Kepimpinan





Adil
Berani dan syura

Kesucian Hati
Amanah
Kebijaksanaan
Nilai-nilai Profesionalisme

Jujur dan akauntabiliti
Berilmu, neutraliti, berkecuali, kreatif, inovatif, integriti, neutrality dan intelektual

Nilai-nilai Produktif/
Kualiti


Produktiviti dan kualiti

Nilai-nilai Keagamaan
Bersyukur dan beriman


Bertakwa

Rajah 1 menunjukkan hubungan di antara integriti staf, penilaian integriti, strategi pemantapan integriti dan motif utama integriti (Jamiah et. al, 2005). Status integriti staf dapat diukur melalui alat ukuran psikologi, rekod kakitangan dan status produk atau perkhidmatan yang diberikan serta beberapa aspek lain. Maklumat berhubung profail integriti staf membolehkan organisasi mengenal pasti strategi berkesan untuk mengukuhkan integriti staf. Staf yang dikenal pasti mempunyai integriti yang lemah perlu dibantu melalui program-program latihan ke arah pemantapan ilmu, iman dan akhlak serta mekanisme pentadbiran, penyeliaan dan latihan yang berkesan diperingkat organisasi. Ini kerana kedudukan integriti yang lemah boleh mengakibatkan tsunami di dalam organisasi. Tsunami dalam konteks ini adalah kerosakan sumber manusia dan material yang mengakibatkan kualiti dan produktiviti organisasi terjejas. Staf berintegriti tinggi pula perlu dilibatkan dalam program tersebut untuk memperkukuhkan lagi integriti mereka di samping membantu staf lain mengukuhkan integriti dengan menunjukkan teladan yang baik dan perhubungan yang membina. Oleh itu, proses pemantapan berlaku lebih cepat kerana faktor persekitaran kerja memberikan pengaruh yang besar terhadap integriti individu. Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan melahirkan staf berintegriti tinggi di dalam organisasi. Integriti yang tinggi di kalangan staf ini kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang tinggi sama ada dalam aspek fizikal, psikososial mahupun intelek. Staf yang berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan visi organisasi.


MODEL PEMANTAPAN INTEGRITI STAF
Strategi
Pemantapan Ilmu, Iman dan Akhlak
Pentadbiran, Penyeliaan dan Latihan Berkesan



Integriti
· Amanah (trustworthiness)
· Bijaksana (wisdom)
Penilaian Integriti
Alat Ukuran Psikologi,
Rekod Kakitangan,
Kualiti Produk/Perkhidmatan dll.

Staf Berkualiti
Fizikal
Psikososial (Jiwa)
Intelek (Akal)
Mantap
Berilmu
Kesedaran Tinggi
Sikap positif
Tingkahlaku terpuji
Lemah
Jahil
Kurang Kesedaran
Sikap negatif
Akhlak buruk
Tsunami
Kerosakan sumber manusia & material

Staf
Organisasi Cemerlang
RAJAH 1

Model Pemantapan Integriti Staf

Umum mengetahui kepentingan integriti sebagai aset utama kecemerlangan organisasi. Kerajaan Malaysia telah merangka dan melaksanakan pelbagai strategi untuk memantapkan integriti masyarakat khususnya di kalangan kakitangan awam. Dalam usaha untuk memantapkan integriti, penilaian terhadap profail integriti staf perlu dilaksanakan. Bagaimanapun, alat ukuran yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta bersesuaian dengan budaya tempatan untuk mengenalpasti profail integriti staf adalah terhad. Alat ukuran nilai integriti yang bersesuaian dengan nilai-nilai murni budaya tempatan perlu dibangunkan untuk mengelakkan bias. Selaras dengan keperluan dan dasar kerajaan, Inventori Nilai Integriti (InNI) telah dibangunkan oleh sepasukan penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia khusus bagi tujuan tersebut.

Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran yang tinggi merupakan elemen utama bagi untuk menentukan kualiti dan keupayaan alat ukuran mengukur atribut nilai integriti yang hendak diukur. Bagi memenuhi prasyarat tersebut, Sidek Mohd Noah (1998), telah membentuk model aliran proses teknikal bagi menentukan kesahan gagasan sesuatu alat ukuran. Berasaskan model tersebut, kajian interkorelasi, kesahan dan kebolehpercayaan perlu dilaksanakan untuk menentukan mutu alat ukuran. Alat ukuran yang bermutu mempunyai kesahan yang tinggi. Oleh itu, setelah kesahan gagasan yang tinggi diperolehi, alat ukuran dapat digunakan untuk mengukur atribut atau gagasan yang ingin diukur. Sebaliknya, jika kesahan gagasan adalah rendah, langkah proses teknikal pembentukan alat ukuran perlu diulangi semula sehingga memperolehi keputusan yang memuaskan. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan kepada kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran Inventori Nilai Integriti yang dibangunkan.


TUJUAN KAJIAN

1. Untuk menentukan sama ada Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai pekali kesahan kandungan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan melalui analisis arbiter.
2. Untuk menentukan sama ada Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan melalui analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor.
3. Untuk menentukan sama ada Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai pekali kesahan gagasan dan sesuai digunakan dalam konteks budaya tempatan melalui analisis korelasi dan analisis faktor.


METODE KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif pendekatan deskriptif yang melibatkan analisis arbiter, analisis kebolehpercayaan, analisis korelasi pearson dan analisis faktor yang bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan alat ukuran. Kajian deskriptif digunakan kerana ianya sesuai untuk meneroka bidang yang belum dikaji serta tidak memerlukan kawalan terhadap olahan kerana faktor-faktor yang mempengaruhi peristiwa tidak ditetapkan pada peringkat awal (Mohd. Majid Konting, 2000).

Subjek dan Lokasi Kajian

Prauji bahasa dilaksanakan ke atas 15 orang staf daripada pelbagai kategori perjawatan manakala analisis arbiter melibatkan tiga orang pakar di sebuah universiti awam. Prauji kedua pula melibatkan 50 orang staf daripada pelbagai kategori perjawatan di sebuah kolej universiti manakala pengumpulan data sebenar pula melibatkan 2530 orang staf daripada pelbagai kategori perjawatan di sebuah universiti awam.

Alat Kajian

Alat ukuran Inventori Nilai Integriti (InNI) mengandungi 82 item yang dibentuk daripada tiga dimensi utama iaitu kesucian, amanah dan kebijaksanaan. Alat ukuran InNI menggunakan skala Likert lima mata iaitu: 1 (amat tepat dengan diri saya), 2 (tepat dengan diri saya), 3 (saya tidak pasti), 4 (tidak tepat dengan diri saya) dan 5 (sangat tidak tepat dengan diri saya).

Daripada 82 item tersebut, sejumlah 57 soalan adalah berbentuk kenyataan positif dan selebihnya adalah item negatif (25 item). Oleh itu, nilai integriti mempunyai julat skor daripada 0 hingga 164. Pemarkahan dibuat dengan mengambilkira sama ada item-item tersebut adalah item positif atau negatif. Item-item positif terdiri daripada item 1, 4, 5,6, 7, 8, 9, 13, 15, 16, 18, 19, 20, 22, 23, 24, 27, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 40, 43, 44, 46, 47, 48, 49, 51, 52, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 66, 67, 68, 70, 74, 75, 76, 77, 79, 81 dan 82. Item-item negatif pula terdiri daripada item 2, 3, 10, 11, 12, 14, 17, 21, 25, 26, 28, 39, 41, 42, 45, 50, 53, 54, 65, 69, 71, 72, 73, 78, 80. Markah yang diperolehi bagi setiap jawapan responden ditunjukkan dalam Jadual 2.

JADUAL 2
Cara pemarkahan bagi Inventori Nilai Integriti (InNI)

Jawapan
Item Positif
Item Negatif
Tidak sama dengan pegangan saya
0
2
Jawapan
Item Positif
Item Negatif
Kurang tepat dengan pegangan saya
0
1
Saya tidak pasti
0
0
Agak sama dengan pegangan saya
1
0
Amat tepat dengan pegangan saya
2
0

Jadual 3 menunjukkan profail demografi responden. Sejumlah 25% (649) responden merupakan staf profesional dan pentadbiran akademik, 13. 2% (341) merupakan staf profesional dan pentadbiran bukan akademik, manakala 54.1% (1402) adalah staf sokongan. Majoriti responden (62.3%) berjawatan tetap manakala bakinya secara kontrak (20.5%) dan sambilan (7.4%). Peratus responden wanita (46.8%) melebihi peratusan staf lelaki iaitu sejumlah 42.7%.

JADUAL 3
Bilangan Persampelan Kajian Mengikut Demografi

PROFAIL DEMOGRAFI STAF UPM




ID
Pemboleh Ubah
JUMLAH
PERATUS




1
Kategori Perjawatan



Staf Profesional & Pentadbiran (Akademik)

649
25.0

Staf Profesional & Pentadbiran
(Bukan Akademik)

341
13.2

Staf Sokongan
1402
54.1




2
Taraf Perjawatan



Tetap
1640
62.3

Kontrak
531
20.5

Sambilan
193
7.4




3
Jantina



Lelaki
1108
42.7

Perempuan
1214
46.8

KEPUTUSAN KAJIAN

Prauji Bahasa

Jadual 4 menunjukkan keputusan prauji bahasa. Semasa prauji bahasa dilaksanakan, responden diberikan satu set borang yang mengandungi semua item InNI dalam bentuk jadual. Terdapat tiga ruang kosong disediakan di sebelah kiri item iaitu ruang faham, tidak faham dan komen. Responden kemudiannya perlu menandakan sama ada responden memahami atau tidak penyataan tersebut pada ruangan yang disediakan. Responden diminta untuk membulatkan atau menggariskan mana-mana perkataan yang tidak difahami di ruang item. Responden turut diminta menyatakan sebarang komen terhadap setiap item di ruang komen jika ada. Penyataan atau item yang difahami oleh responden tersebut kemudiannya diberikan nilai skor 1 manakala item yang tidak difahami oleh responden diberikan nilai skor 0. Oleh itu, julat skor bagi setiap item adalah di antara 0 hingga 15 (item mendapat skor 0 jika semua responden tidak memahami item tersebut. Sebaliknya, item mendapat skor 15 jika semua responden memahami item tersebut). Skor ini kemudiannya dicatatkan dalam bentuk peratus. Skor bagi setiap item kemudiannya direkodkan ke dalam bentuk jadual. Berasaskan jadual tersebut, 36 item difahami oleh semua responden. Secara keseluruhannya pula, 83% item InNI (63 item) difahami oleh sekurang-kurangnya 80% daripada responden. Keputusan ini menunjukkan bahasa yang digunakan dalam InNI adalah mudah dan dapat difahami oleh responden. Komen daripada responden bagi setiap item diteliti dan direkodkan. Perkataan dan struktur ayat yang tidak difahami oleh responden pula diberikan definisi ringkas dan disusun semula.

JADUAL 4
Peratus Kefahaman Responden Terhadap Item



Peratus Faham
Jumlah Item
Item
100%
36
1, 4, 6, 7, 8, 9, 12, 14, 15, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 25,
(15 staf)

28, 30, 40, 42, 43, 44, 45, 47, 50, 52, 54, 57, 58, 59,


60, 62, 63, 64, 73 & 74
80% - 99%
27
5, 10, 21, 22, 23, 26, 27, 29, 31, 32, 33, 34, 35,37,
(12 –14 staf)

38, 46, 48, 53, 55, 61, 68, 69, 70, 71, 72, 75, 76
70% - 79%
4
24, 41, 49 & 51
(10 – 12 staf)


60% - 69%
9
2, 3, 11, 13, 36, 39, 56, 65, 66
(9 staf)


Jumlah
76


Keputusan Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan ditentukan melalui analisis arbiter (rujuk Jadual 5). Bagi tujuan tersebut, setiap arbiter diberikan borang khas, definisi operasional kajian integriti, kerangka konseptual integriti dan matrik nilai integriti mengikut kategori nilai. Setiap arbiter kemudiannya menilai setiap item dan menentukan kecukupan item untuk mengukur nilai integriti di dalam borang yang disediakan. Maklumbalas daripada tiga orang arbiter tersebut direkodkan dalam bentuk jadual. Setiap item yang dipersetujui oleh arbiter diberikan nilai skor 1 dan item yang tidak dipersetujui pula diberikan nilai skor 0. Kajian mendapati, maklumat yang diperolehi daripada 74 item dipersetujui oleh semua arbiter, 6 item dipersetujui oleh dua arbiter dan satu item dipersetujui oleh seorang arbiter. Ini bermakna, 80 item InNI atau 97.6% daripada 82 item diterima oleh melebihi 67% daripada arbiter. Bagi mendapatkan validity coefficient, setiap frekuensi persetujuan arbiter didarabkan dengan bilangan item. Hasil darab bagi setiap frekuensi persetujuan tersebut kemudiannya dijumlahkan lalu dibahagikan dengan jumlah bilangan item. Analisis yang dibuat mendapati nilai kesahan kandungan bagi item Inventori Nilai Integriti adalah tinggi iaitu 0.959. Ini bermakna, secara keseluruhannya, kesemua item InNI boleh diterima pakai tanpa sebarang pindaan. Sejumlah enam item lagi kemudiannya ditambah untuk memantapkan lagi alat ukuran berasaskan saranan arbiter dan keperluan alat ukuran.

JADUAL 5
Kesahan alat ukuran Inventori Nilai Integriti

Item
Frekuensi Persetujuan Arbiter
(f)
%
Bilangan Item
(x)
Jumlah
(fx)
4, 5, 6, 7, 9, 10, 11, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67, 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 76, 77, 78, 79, 80, 81 dan 82.

3
100%
74
292
1,3, 12,13,34,58
2
66.7%

6
12
8,2
1
33.3%

2
2
Jumlah


82

236
Pekali Kesahan



.959

Keputusan Analisis Kebolehpercayaan

Analisis kebolehpercayaan dan analisis item dibuat ke atas InNI menggunakan sub-program realibility analysis dalam SPSS. Kebolehpercayaan InNI daripada pra-uji adalah tinggi iaitu 0.864. Nilai kebolehpercayaan InNI kemudiannya meningkat kepada 0.932 untuk 82 item dan 0.927 untuk 72 item (rujuk Jadual 6) daripada pengumpulan data sebenar. Ini menunjukkan item-item InNI mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi. Sehubungan itu, item-item INNI adalah konsisten dan stabil dalam mengukur nilai integriti individu. Dapatan ini, diperkuatkan lagi oleh hasil analisis faktor yang menghasilkan satu faktor tunggal (rujuk Jadual 9).

JADUAL 6
Kebolehpercayaan Inventori Nilai Integriti (InNI)
Alat Ukuran
N
Alpha Cronbach
Standardized Item Alpha
Min
Sisihan Piawai
InNI
72
0.927
0.939
141.620
25.039







Keputusan daripada ujian Bartlet’s bagi item-item InNI adalah signifikan dan nilai Keiser Meyer-Olkin adalah jauh lebih besar daripada 0.6 (0.967). Ini menunjukkan item-item InNI mempunyai nilai faktorabiliti (rujuk Jadual 7).

JADUAL 7
Keputusan KMO dan Bartlett's Test Analisis Faktor

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy.

0.967
Bartlett's Test of Sphericity
Approx. Chi-Square
56623

df
3321

Sig.
.000

Jadual 9 dalam Lampiran 1 menunjukkan pembahagian tiga faktor melalui tiga kaedah pencabutan terhadap item-item. Setiap faktor mempunyai nilai eigen yang melebihi 1.0. Dengan menggunakan prinsip analisis komponen dengan putaran varimaks, keputusan menunjukkan timbunan peratus varian bagi tiga faktor yang diperolehi adalah mewakili 34 peratus daripada varian. Keputusan menunjukkan 75 item mencapai kriteria faktor pemuatan melebihi 0.30 dalam tiga kaedah pencabutan. Dengan mengambilkira 0.50 sebagai nilai pemuatan yang dipertimbang sebagai bermakna secara potensi, analisis faktor yang dibuat secara umumnya mempunyai faktor tunggal. Ini kerana, dalam faktor yang kedua dan ketiga, nilai pemuatan yang tertinggi tidak mencapai 0.50. Oleh itu, InNI bersifat unidimensional. Ini menunjukkan, item-item InNI mengukur gagasan yang sama iaitu gagasan nilai integriti. Kesemua ini menunjukkan, InNI memenuhi kriteria alat ukuran yang baik mengikut penilaian Robinson, Shaver & Wrightsman (1991). Lanjutan itu, 10 item yang tidak termasuk dalam faktor pertama (integriti) dikeluarkan iaitu item 1, 17, 25, 26, 42, 49, 51, 60, 72 dan 77.

Keputusan Analisis Kesahan Gagasan

Jadual 8 menunjukkan hubungan di antara nilai integriti dengan amalan agama dan penerimaan anugerah di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Kajian mendapati nilai integriti mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penerimaan anugerah di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Nilai integriti juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap amalan agama individu. Dapatan ini adalah selaras dengan hasil jangkaan kajian. Ini menunjukkan wujudnya kesahan gagasan alat ukuran InNI. Kesahan gagasan ini diperkuatkan lagi dengan nilai standardized alpha yang bernilai .939. (rujuk Jadual 6). Nilai tersebut menunjukkan item-item di dalam InNI adalah homogenus. Oleh itu, item-item tersebut terbukti mengukur gagasan yang sama.


JADUAL 8
Korelasi Pearson Antara Nilai Integriti Dengan Anugerah Diterima dan Amalan Agama



Anugerah
Amalan Agama
Integriti
Korelasi Pearson
0.133
0.124

Sig. (2-tailed)
0
0

N
2388
2564




**
Signifikan pada aras 0.001


(2 tailed)




PENILAIAN HASIL KAJIAN

Berasaskan keputusan yang diperolehi, Inventori Nilai Integriti (InNI) didapati mempunyai kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sehubungan itu, InNI dapat digunakan untuk mengukur atribut nilai integriti individu dengan tepat dan konsisten.


IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi Teoritikal

Kajian ini telah membuktikan alat ukuran Inventori Nilai Integriti (InNI) mempunyai item yang baik dan bermutu serta terbukti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, alat ukuran nilai Integriti ini dapat mengatasi kekurangan alat pengukuran integriti daripada dalam konteks budaya Malaysia. Alat ukuran nilai integriti yang dibangunkan dapat mengenalpasti tahap integriti staf dalam konteks Malaysia.


Implikasi Praktikal

Kajian ini telah berjaya mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayan alat ukuran Inventori Nilai Integriti (InNI) yang tinggi. Oleh itu, alat ukuran ini dapat digunakan di Malaysia untuk menilai tahap integriti di kalangan staf daripada pelbagai kategori dan dan latar belakang yang berbeza. Maklumat yang diperolehi daripada alat ukuran Inventori Nilai Integriti (InNI) adalah bermanfaat untuk kegunaan individu dan organisasi seperti dalam proses pemilihan, latihan, pembangunan dan kerjaya.

CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, Inventori Nilai Integriti (InNI) terbukti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Sehubungan itu, penggunaan InNI perlu diperluaskan lagi untuk kegunaan dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia khususnya di sektor kerajaan dan swasta. Bagaimanapun, InNI perlu diperkemaskan lagi dari masa ke semasa agar lebih mantap dan mesra pengguna.


PENUTUP

Kesimpulannya, kajian yang dibuat telah berjaya mencapai objektif utama kajian. Kajian ini telah berjaya menjawab persoalan-persoalan utama kajian iaitu membangunkan kesahan kandungan, kebolehpercayaan dan kesahan gagasan alat ukuran. Oleh itu, Inventori Nilai Integriti (InTI) adalah sesuai digunakan untuk mengukur nilai integriti staf di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Ezzy, D. (2002). Qualitative analysis: Practice and innovation. London:
Routledge.

Institut Tadbiran Awam Negara, (1994). Citrakarya: Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia: Institut Tadbiran Awam Negara

Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek Mohd. Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatusaadiah Hamsan, (2005). Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti, Prosiding Seminar Kebangsaan Sumber Manusia 2005, anjuran Universiti Teknologi Malaysia pada 2 & 3 Febuari 2005 di Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education (Revised and expended from case study research in education). California: Josey Bass Inc.

Mohd. Majid Konting, (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sidek Mohd Noah (1998). Pengujian dalam Psikologi dan Kaunseling: untuk Pelajar Psikologi dan Kaunseling, Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Robinson, J. P., Shaver, P. R. & Wrightsman, L. S., (1991). Measures of Personality and Social Psychological Attitudes: Volume One of Measures of Social of Psychological Attitudes. Academic Press: San Diego.


LAMPIRAN 1
JADUAL 9
Keputusan Analisis Faktor

Item
Faktor
Integriti
2
3
a1



a2
.404
.437

a3
.347
.492

a4
.518


a5
.494


a6
.636


a7
.626


a8
.617


a9
.652


a10
.424
.424

a11
.320


a12
.324


a13
.362

-.318
a14
.400


a15
.518


a16
.562


a17



a18
.342

-.303
a19
.577


a20
.558


a21
.425
.383

a22
.559


a23
.517


a24
.485


a25

.316

a26



a27
.488


a28
.343


a29
.563


a30
.545


a31
.595


a32
-.440
-.427

a33
.402


a34
.536


a35
.574


a36

.312


Item
Faktor
Integriti
2
3
a37
.525


a38
.560


a39
.302


a40
.415


a41
-.373
.306

a42



a43
.601


a44
.384


a45
.638


a46
.488


a47
.461


a48
.498


a49



a50
.681


a51


-.374
a52
.421


a53
.357
.368

a54
.555


a55
.415

-.328
a56
.592


a57
.361

-.322
a58
.407


a59
.570


a60

-.327

a61
.544


a62
.563


a63
.580


a64
.415
.356

a65
.656


a66
.488


a67
.649


a68
.315


a69
.600


a70
.462


a71
.386


a72



a73
.611


a74
.648


a75
.616


a76
.685


a77




Item
Faktor
Integriti
2
3
a78
.659


a79
.302


a80
-.540


a81
.613


a82
.698


Kaedah Pencabutan: Principal Component Analysis.
3 kaedah pencabutan.




[1] Kertas kerja dibentangkan di Seminar Membangun dengan Nilai-Nilai Murni anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya pada 25 Jun 2005 di Auditorium Kompleks Perdanasiswa, UM.

No comments: