Tuesday, May 13, 2008

Tahap Tekanan Warga Tua


KAJIAN TAHAP TEKANAN DI KALANGAN WARGA TUA : SATU KAJIAN DI RUMAH SERI KENANGAN BEDONG


NURHIDAYATI BINTI BADARULZAMAN



ABSTRAK



Kajian ini membincangkan tahap tekanan yang dialami warga tua yang tinggal di Rumah Seri Kenangan Bedong (RSKB). Tujuan kajian ini adalah untuk megetahui sejauh mana tahap tekanan warga tua di RSKB, faktor-faktor penyebab tekanan serta mengenal pasti cara-cara mengatasi tekanan yang digunakan oleh warga tua di institusi tersebut. Tekanan yang dialami adalah disebabkan beberapa faktor seperti sokongan sosial, kemurungan, kesunyian, kematian, penghargaan kendiri dan kesihatan. Selain itu, kajian ini juga dapat mengenal pasti tahap tekanan emosi warga tua terhadap kematian. Tahap tekanan emosi tersebut dibahagi kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Data dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah disediakan. Seramai 23 orang penghuni telah dijadikan subjek kajian. Mereka terdiri daripada 9 orang lelaki dan 14 orang perempuan. Subjek kajian dipilih secara rawak dan set soal selidik dikendalikan oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah temubual. Seterusnya, soal selidik tersebut dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Kajian ini menggunakan kaedah analisis statistik diskriptif. Analisis mendapati tekanan yang dialami oleh warga tua di RSKB tidak begitu ketara kerana penghargaan kendiri di kalangan mereka adalah tinggi. Selain itu, kajian mendapati tahap tekanan emosi terhadap kematian juga adalah di tahap rendah dan sederhana. Antara faktor yang menyebabkan setengah daripada mereka berasa tertekan adalah disebabkan oleh faktor kesihatan dan kehidupan yang membosankan. Sokongan sosial yang diperolehi juga adalah tinggi. Walaupun begitu, sokongan sosial yang diperolehi adalah daripada kawan baik dan bukan daripada penghuni-penghuni lain. Kajian ini juga telah mengemukakan beberapa saranan agar lebih banyak kajian mengenai warga tua dilakukan dan mempelbagaikan konsep kajiannya.

8 comments:

namtho said...

Salam, can I have a full text of this study. I am a UTM Skudai student also making study at Rumah warga Tua Darul Takrim di Singapore. Harap dapat bantu.
You can email to me at ctnamtho@yahoo.com.sg or othmanal@singnet.com.sg
You can contact me at 012-7437895or +6596184421. Thank you

zaza said...

assalamualaikum.taniah atas kajian yang telah dilaksanakan. sebenarnya saya ingin mendapatkan kajian penuh berkaitan tekanan warga tua ini kerana saya juga turut akan melaksanakan kajian tersebut. Saya harap saudari sudi berkongsi kajian tersebut dan ianya dapat saya gunakan sebagai rujukan. Diharapkan saudari sudi mengirimkan ke emel saya iaitu nzallie86@yahoo.com

dhue comel said...

salam,
saya merupakan pelajar UIAM yg turut membuat kajian dalam bidang ini, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bahan tulisan ini sebagai rujukan untuk kajian saya.
terima kasih.

IlhamSahara Collection said...

salam...saya, nurhidayati binti badarulzaman..ex-student UKM..terima kasih buat Cik Jamiah kerana sudi menyiarkan artikel kajian saya..Ini adalah 1 penghargaan buat saya..terima kasih jugak buat kawan2 yg turut menjalankan kajian kes terhadap warga tua. Teruskan usaha anda.Kita juga akan melalui usia tua.maka dengan itu, kita harus mendalami dan mengenalpasti bagaimana warga tua menjalani kehidupan mereka.terima kasih...

Sosiolinguistik said...

Salam, saya pelajar UPSI. Saya juga turut membuat kajian mengenai perkara ini. Saya ingin mendapatkan maklumat ini bagi tugasan saya. Bagaimana saya boleh mendapatkannya? Kalau tidak keberatan anda boleh membantu saya berkongsi maklumat tersebut menerusi email saya bawanimuniandy@gmail.com.
Segala kerjasama amat dihargai. Terima kasih.

Unknown said...

Salam, kajian yang menarik untuk dikongsi bersama. Saya merupakan pelajar UKM dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Saya bercadang untuk menjadikan kajian saudari sebagai salah satu sumber ilmiah untuk kajian saya berkaitan warga tua. Saudari boleh emelkan ke emel saya di j_king4at@yahoo.com Segala ucapan didahulukan ribuan terima kasih...(",)

Hanafeah Ab Rahman said...

Salam, saya sedang membuat master di uthm....boleh saya dapatkn hasil penulisan ini sebagai rujukan kerana saya juga sedang membuat kajian tentang ini..harap dapat membantu sya... hunnyhana@yahoo.com

niea said...

salam.. saya sdg membuat kajian mengenai warga emas.. sebenarnya saya ingin mendapatkan full text kajian ini.. true_niea@yahoo.com