Wednesday, February 21, 2007

Membina Generasi Pewaris


Membina Generasi Pewaris Yang Bertaraf Tinggi



Di saat kita mengharungi pergelutan zaman yang semakin pantas berubah dan juga semakin menjurus ke arah kehidupan kebendaan yang begitu dahshat, kita tidak seharusnya lalai dalam memberikan asuhan dan bimbingan yang sewajarnya kepada generasi muda masa kini. Menyedia dan mencorakkan daya fikir serta mengasuh mereka dengan kefahaman Islam yang betul adalah satu keperluan yang mesti dilakukan kerana ianya ternyata dapat memberikan kesan mendalam kepada golongan ini. Hal ini berdasarkan kepada keupayaan golongan muda untuk mencerap dengan mudah apa sahaja bentuk pendidikan yang diberikan sama ada yang baik ataupun yang sebaliknya.


Oleh itu bentuk pendidikan yang bakal dimasukkan ke dalam akal fikiran golongan ini perlulah sesuatu yang berupaya untuk membentuk pemikiran mereka yang sihat dan pada masa yang sama berupaya pula menyediakan mereka sebagai pelapis yang akan mewarisi bumi Malaysia ini. Usaha ini juga pastinya menjadi matlamat untuk mewujudkan satu generasi yang cintakan ilmu yang seterusnya melahirkan golongan pemikir dan juga pewaris kepimpinan yang bertaraf tinggi. Cita-cita yang sebegini pastinya suatu yang sukar untuk dicapai terutamanya dalam suasana kehidupan masa kini yang begitu mencabar, namun ianya bukanlah suatu yang mustahil.


Sebenarnya hasrat untuk memiliki dan melahirkan generasi yang hebat bukanlah perkara baru, malah ianya juga pernah disuarakan oleh Sayyidina Umar al Khattab suatu ketika dahulu. Pernah suatu ketika bersama-sama dengan para sahabat yang lain Umar bertanya kepada para sahabatnya apakah yang diinginkan oleh mereka. Lalu antara mereka ada yang bercita-cita untuk memiliki sejumlah harta yang banyak, dan dengan harta itu dapat mereka sedekah dan belanjakan pada jalan Allah. Namun keinginan Umar jauh berbeza daripada para sahabatnya, apabila beliau mengatakan "Aku inginkan sekumpulan manusia yang hebat seperti Abu Ubaydah al Jarrah, Muaz ibn. Jabal dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan agama Allah."


Ternyata apa yang diungkapkan oleh Umar ini merupakan satu pengertian yang besar tentang peri pentingnya membina satu generasi yang bertaraf mulia untuk memikul dan melaksanakan impian dan cita-cita umat Islam. Lembaran sejarah juga telah memperlihatkan kepada kita bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. sendiri dalam rangka usahanya menjayakan risalah Islam telah melaksanakan usaha pembinaan satu kelompok manusia yang menjadi teras utama sebagai benteng dan tulang belakang pembentukan umat yang baru. Kelompok manusia inilah yang dinamakan oleh Syed Qutb sebagai ‘generasi al Quran yang unik', iaitu kelompok teras yang mulia dan yang telah menjayakan segala bentuk perancangan yang dibuat oleh baginda Rasulullah s.a.w.


Golongan teras yang bertaraf mulia ini telah melalui pendidikan dan penghayatan nilai-nilai dinamik al Quran yang ditampil dan diterjemahkan dalam setiap ciri kehidupan Rasullullah s.a.w. sebagai pendidik serta pembimbing kepada generasi al Quran yang unik ini. Sebagai pemimpin dan juga pendidik kepada pengikutnya, Rasulullah s.a.w. berupaya mengenali setiap potensi yang ada pada setiap diri pengikutnya, dan potensi ini digilap dan diasuh secukupnya oleh Baginda sehingga dari generasi inilah lahirnya peribadi-peribadi agung yang masih sesuai untuk diteladani hingga ke hari ini.


Di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. semua orang mendapat peluang untuk menampil dan mengembangkan potensi masing-masing, termasuk mereka yang pernah memusuhi Baginda sebelum memeluk Islam seperti Khalid al Walid dan Umar al Khattab sendiri. Tidak ada di kalangan umat Islam yang dianaktirikan atau amalan diskriminasi dipraktikkan, malah setiap pengikut Rasulullah s.a.w. dianggap sebagai ‘aset' yang sangat bernilai.


Suasana kepimpinan Rasulullah s.a.w. juga memperlihatkan kepentingan amalan budaya baik yang menyeluruh dan meluas di dalam masyarakat Islam ketika itu kerana taraf kebaikan tidak mengenal rupa paras, warna kulit, bangsa, umur atau keturunan. Dalam suasana demikianlah lahirnya pemuda Usamah bin Zayd yang diberi kesempatan untuk memimpin ketumbukan tentera Islam ketika usianya masih belasan tahun. Di bawah kepimpinan baginda jugalah buah pemikiran Salman al Farisi diberi ruang ketika keputusan diambil untuk membina benteng di sekeliling Kota Madinah ketika Perang Khandak, sedangkan Salman bukanlah anak watan tanah Arab melainkan beliau merupakan anak kelahiran bumi Parsi. Begitu juga kehebatan taraf iman yang dipamerkan oleh Bilal ibn. Rabah, seorang manusia berkulit hitam yang asalnya seorang hamba abdi, tetapi diangkat darjatnya sebagai sahabat kanan baginda Rasulullah s.a.w. yang dijamin syurga kerana ketinggian taraf keimanan yang dimilikinya.


Begitulah juga hasrat dan cita-cita kita hari ini untuk melihat lahirnya golongan muda Islam yang bertaraf mulia tampil ke hadapan dan memimpin masyarakat masa kini. Di Malaysia, jumlah penduduk yang boleh disenaraikan sebagai golongan muda membentuk lebih 40 peratus daripada penduduk negara. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Sekiranya separuh daripada jumlah ini dapat berperanan sebagai golongan yang bertaraf baik, itu sudah memadai untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang cukup kuat di persada antarabangsa. Namun dengan jumlah yang ramai tetapi tanpa taraf kemuliaan yang diharapkan tidak akan membawa kita ke mana-mana. Bahkan kita telah diingatkan oleh Allah SWT bahawa yang baik dan mulia itu tidak sama dengan yang buruk walaupun yang buruk itu kelihatan banyak, sebagaimana firmanNya dalam surah al Maidah, ayat 100.

Justeru, pembinaan golongan muda yang bertaraf tinggi yang akan mewarisi tanah air ini sewajarnya diberi perhatian utama dalam agenda pembangunan negara. Pembangunan modal insan sepertimana yang diwar-warkan kebelakangan ini oleh pemerintah mestilah diberikan perhatian yang wajar dan kesungguhan yang tinggi. Tanpa kesungguhan yang jitu maka tidak mungkin keinginan kita untuk melihat golongan pewaris yang kuat dan berkemampuan lahir untuk menghadapi cabaran hari depan. Kejayaan membina masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang lebih banyak bergantung kepada keupayaan generasi masa kini membina kecemerlangan generasi pewaris tersebut.

Perit getir kehidupan masa kini telah memperlihatkan kepada kita bahawa masyarakat akan datang lebih merupakan masyarakat yang penuh dengan persaingan. Bahkan sekarang ini pun kita sudah merasakan bahang persaingan yang cukup hebat dan betapa cemasnya kita menyaksikan generasi anak-anak kita berhempas pulas menghadapi persaingan di pelbagai bidang. Keadaan ini memperlihatkan sekali lagi kepada kita bahawa hanya mereka yang bertaraf tinggi sahaja yang mampu mengungguli persaingan ini.


Maka dengan itu, langkah-langkah dan usaha pembinaan generasi pewaris ini perlulah diberi perhatian dengan lebih gigih lagi terutamanya melengkapkan mereka dengan ilmu-ilmu yang betul dan sesuai dengan perkembangan zaman. Kewujudan generasi ilmuan yang mulia dengan kekuatan daya saing yang tinggi sudah pasti akan menghasilkan kesan yang baik dalam pembentukan generasi pewaris. Iaitu generasi pewaris keilmuan yang terlatih dan terdedah kepada unsur-unsur pembinaan diri yang terarah dan turut menghayati serta memiliki jiwa Islam yang kental.


Justeru, pembinaan generasi pewaris yang bertaraf mulia yang kita idamkan sangat bergantung kepada arah tuju, semangat dan kegigihan yang kita lakukan sekarang. Mana mungkin kita dapat melahirkan generasi pewaris yang kuat dan bertaraf mulia sekiranya kita sendiri mengabaikan tanggungjawab untuk membina generasi yang cerdas akal fikirannya, murni jiwanya dan lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal serta berilmu dan berakhlak mulia.


Rujukan


Abu Bakar Yang, 2007. Membina generasi pewaris bertaraf tinggi. 22 Febuari 2007.

Saturday, February 03, 2007

Beliawanis Islam Malaysia:Profil Religiositi, Personaliti dan Lencongan Tingkah Laku

Artikel ini merupakkan sebahagian daripada Prosiding Seminar Psikologi Serantau. Rujukan dalam artikel ini kurang mantap kerana kebanyakkannya bersumberkan internet. Bagaimanapun, artikel ini tetap dipaparkan untuk dikongsi bersama. Sebarang cadangan untuk memperbaiki artikel ini amat dialu-alukan. Pembentangan artikel ini boleh dicapai di sini.
Beliawanis Islam Malaysia:
Profil Religiositi, Personaliti dan Lencongan Tingkah Laku
Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kasan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK

Kajian tentang beliawanis muslim di Malaysia adalah terhad khususnya berkaitan dengan religiositi dan personaliti. Sehubungan itu, data telah diperolehi daripada 905 orang responden yang terdiri daripada beliawanis muslim berusia di antara 15 hingga 35 tahun yang merangkumi enam kumpulan (mahasiswi IPTA, ahli persatuan belia, ahli parti politik, pelatih pusat serenti, belia umum dan pekerja kilang). Kajian mendapati tasawur Islam dan personaliti muslim beliawanis berada di tahap sederhana. Lencongan tingkah laku pula berada pada tahap rendah. Kajian turut mendapati wujudnya hubungan signifikan di antara keempat-empat elemen yang dikaji iaitu tasawur Islam, personaliti muslim, perlaksanaan solat dan lencongan tingkah laku.

Kata Kunci: Beliawanis, personaliti muslim, tasawur Islam, solat dan lencongan tingkah laku.
ABSTRACT

There is currently a dearth of research on female Muslim youth in Malaysia pertaining to religiosity and personality. Therefore, data were collected from 905 female Muslim youth aged between 16 and 35 years from six categories (IPTA students, youth organization members, political party members, pusat serenti attendees, youth ‘at-large’, and young factory workers). The findings indicated that their knowledge and perception of tasawwur (Islamic worldview) and personality (religious behaviors) are moderate while their level of engagement in at-risk behaviors is low. The research also found significant relationships between four variables – tasawwur (Islamic Worldview), Muslim religious personality, solat (ritual prayer) and at-risk behaviors.
LATAR BELAKANG KAJIAN


Latarbelakang Religiositi Muslim

Islam menawarkan penyelesaian terbaik kepada segala permasalahan dunia moden hari ni kerana agama Islam bersifat stabil dan dinamik (Khurshid Ahmad, 2003). Keperibadian dan cara hidup Islam merupakan metodologi terbaik untuk mencegah gejala keruntuhan akhlak sebagaimana firman Allah dalam Surah Ankabut ayat 58 yang bermaksud: “Bahawa solat yang sempurna itu dapat mencegah manusia daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar”. Selain solat, ibadat-ibadat lain yang difardukan di dalam Islam adalah latihan berterusan bagi membentuk akhlak mulia (Muhammad Al-Ghazali, 2002).

Kedatangan Islam telah merubah keperibadian masyarakat jahiliah Arab yang terkenal ganas, tamak, sombong dan kejam menjadi bangsa pengasih, penyayang, pemaaf, jujur, berilmu dan terdidik (Muhammad Abdul Hadi, 2003a). Di samping itu, keimanan yang jitu telah melahirkan pentadbir yang cekap, usahawan yang berjaya, pemikir yang berwibawa, seniman yang disegani, tenaga kerja yang profesional dan pemimpin yang berkredibiliti (Muhammad Abdul Hadi Abu Reidah, 2003a). Iman dan ilmu turut digunakan oleh ahli psikiatri Islam untuk merawat roh melalui kawalan minda sehingga dapat mengawal keinginan (Muhammad Abdul Hadi, 2003a).

Falsafah hidup Islam adalah berasaskan falsafah tauhid iaitu mengesakan Allah (Nik Mustapha Nik Hasan, 1995). Setiap urusan individu muslim mesti selaras dengan nilai utama iaitu kekuasaan Allah melampaui batas kekuasaan makhluk dan ketinggian wahyu melampaui kebijaksanaan akal (Lukman Ab. Rahman, 1997). Oleh itu, keimanan adalah daya utama yang memandu kehidupan manusia kepada personaliti positif kerana individu yang beriman akan bertindak secara positif berasaskan ajaran Islam. Ini bersesuaian dengan model nukleitik yang dibangunkan oleh Tunku Sarah Tunku Mhd. Jiwa (1999), dalam Rajah 1. Model ini mengaitkan keimanan dengan pembentukan masyarakat bernilai mulia secara global. Pembentukan nilai ini bertunjangkan keteguhan iman kepada Allah . Keteguhan iman melahirkan manusia berakhlak yang akan berinteraksi dengan masyarakat dan alam sejagat. Justeru, model ini turut bersesuaian dengan pendapat Ahmad M. Raba (2001), yang menyatakan bahawa keruntuhan akhlak adalah berpunca daripada kelemahan iman.
Latar Belakang Beliawanis Muslim Malaysia

Malaysia memerlukan belia yang dinamik, berdaya saing dan efisyen untuk mencapai wawasan 2020 (Abdullah Ahmad Badawi, 2004). Belia merupakan 77 peratus daripada jumlah populasi negara (Azalina Othman, 2004). Dengan kata lain, belia Malaysia merupakan golongan yang berusia di antara 15 hingga 40 tahun adalah aset utama negara.

Pembentukan belia yang dinamik memerlukan penghayatan agama yang jitu. Agama membentuk nilai dan seterusnya menentukan tingkah laku manusia. Sehubungan itu, penghayatan agama belia perlu dikenal pasti untuk membantu belia mengenali kekuatan dan kelemahan diri mereka dari aspek keagamaan seterusnya memajukan diri ke arah kecemerlangan. Pemahaman terhadap profil para belia akan dapat digunakan untuk mendekati dan mengenal pasti situasi sebenar belia seterusnya merangka pelan tindakan yang efektif dan efisyen untuk memantapkan lagi jati diri dan keterampilan belia secara optimum.
Golongan belia terdiri daripada belia dan beliawanis. Kedua-dua golongan tersebut adalah berbeza dan unik. Bagaimanapun, kajian seringkali dibuat ke atas golongan belia secara umum. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan terhadap tasawur Islam, personaliti muslim, perlaksanaan solat lima waktu dan lencongan tingkah laku di kalangan beliawanis muslim di Malaysia.

Beliawanis muslim merupakan belia perempuan beragama Islam berusia di antara 15 hingga 40 tahun. Pada tahun 2000, populasi golongan beliawanis muslim di Malaysia dianggarkan sejumlah 2.3 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000). Daripada bilangan tersebut, 98% telah atau sedang mengikuti pendidikan secara formal (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000).
Sumbangan beliawanis muslim terhadap negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Beliawanis muslim merupakan tunggak utama kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Sebelum kurun ke 18, nama-nama srikandi daripada golongan bangsawan seperti Tun Fatimah, Puteri Hang Li Po dan Tun Teja diabadikan dalam sejarah kerajaan Melayu Melaka. Selepas merdeka, beliawanis dari golongan bangsawan dan kelas menengah berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Justeru, lahirlah tokoh-tokoh wanita dalam bidang perubatan (Toh Puan Sri Datin Siti Hasmah Mohamad Ali), politik (Tan Sri Fatimah Hasyim), pendidikan (Puan Sri Profesor Dr. Fatimah Hamidon, bahasa (Profesor Dr. Nik Safiah Abdul Karim), arkib (Datuk Zakiah Hanum Abdul Majid) dan astrofizik (Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman). Selepas zaman 70-an, peluang pendidikan yang lebih luas telah melahirkan beliawanis berpendidikan tinggi selari dengan perubahan stigma masyarakat terhadap peranan sebenar wanita. Kini, beliawanis muslim di Malaysia menguasai 65% tempat belajar di universiti serta memegang jawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta (Ungku Aziz, 2004).

Kemajuan beliawanis muslim perlu selari dengan kekuatan penghayatan nilai agama. Pembangunan nilai merupakan satu daripada teras utama Pelan Tindakan Pembangunan Pembangunan Belia Nasional untuk melahirkan belia yang cemerlang, gemilang dan terbilang (Kementerian Belia dan Sukan, 2004). Pada tahun 1922, kaum Melayu menghadapi masalah ketandusan ilmu, akhlak mulia, wawasan dan harta menurut Pendeta Za’ba (Najib Razak, 2004). Hari ini, negara kian maju namun budaya destruktif (miskin ilmu) masih berlaku manakala budaya negatif lain seperti penyalahgunaan dadah, bohsia dan keruntuhan moral semakin berleluasa (Abdullah Ahmad Badawi, 2004). Kenyataan ini disokong oleh M. Kamal Hasan, (2004) yang turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap fenomena dekadensi moral dan etika yang berlaku.


Menyedari kepentingan agama terhadap pembentukan beliawanis cemerlang dan berakhlak mulia, adalah amat penting kajian ini dilaksanakan untuk mendalami tasawur Islam, personaliti muslim dan lencongan tingkah laku di kalangan beliawanis muslim di Malaysia dan seterusnya mengenal pasti perkaitan di antara semua elemen tersebut dalam pembentukan jati diri beliawanis. Secara keseluruhannya kajian yang dilaksanakan ini bersandar kepada empat objektif:
1. Mengenalpasti profil religiositi beliawanis muslim di Malaysia
2. Mengenalpasti profil personaliti muslim beliawanis Malaysia
3. Mengenalpasti profil tingkahlaku devien beliawanis Muslim Malaysia
4. Melihat perkaitan di antara religiositi, personaliti muslim, ibadah solat dan lencongan tingkah-laku

Skop dan Metode Kajian

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan pendekatan kajian deskriptif dan korelasi. Data telah dikumpulkan daripada 905 orang beliawanis daripada tiga kumpulan umur: kumpulan beliawanis awal (16-20 tahun), kumpulan beliawanis pertengahan (21-24 tahun) dan kumpulan beliawanis akhir (25-35 tahun). Beliawanis tersebut di pilih daripada enam kumpulan belia secara rawak. Kumpulan belia tersebut adalah mahasiswi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ahli persatuan belia, pelatih pusat serenti, ahli parti politik, belia umum dan pekerja industri.

Tasawur Islam, personaliti muslim dan lencongan tingkah laku diukur menggunakan Inventori Religiositi dan Personaliti Muslim. Min dan peratusan digunakan untuk menjelaskan latar belakang responden. Korelasi Spearman digunakan untuk mengenal pasti hubungan di antara tasawur Islam, perlaksanaan ibadah solat, personaliti muslim dan lencongan tingkah laku.


DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden

Jadual 1 menunjukkan latar belakang umur, pertempatan, etnik dan status perkahwinan responden. Majoriti responden berusia adalah golongan beliawanis pertengahan (44%). Statistik ini diikuti pula dengan beliawanis awal (35.2%) dan beliawanis akhir (21.3). Proposi pertempatan di antara beliawanis yang tinggal di bandar (42%) dan luar bandar (58%) pula hampir sama. Hampir kesemua responden masih belum berkahwin (85%). Ini berkait rapat dengan majoriti responden yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun.

JADUAL 1
Latar Belakang Umur, Pertempatan dan Status Perkahwinan

Jadual 2 pula menerangkan latar belakang pendidikan, kategori kumpulan dan pendapatan responden. Berasaskan statistik yang diperolehi, kesemua responden telah mendapat pendidikan secara formal sama ada para peringkat sekolah rendah (11.4%), sekolah menengah (8.6%), persijilan (50%) mahupun di peringkat pengajian tinggi (30%). Ini menunjukkan tiada masalah buta huruf dikalangan beliawanis muslim. Majoriti responden mempunyai kelulusan STPM, sijil akademik atau sijil kemahiran (50%) manakala 41.4% responden mempunyai ijazah dan diploma. Ini menunjukkan, tahap pendidikan beliawanis adalah tinggi kerana hamper kesemua 89% mempunyai pendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat menengah.

Majoriti responden berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM 1000 (70%). Sejumlah 38.6 peratus berpendapatan antara RM1000 hingga RM 3000. Manakala, hanya 2% responden berpendapatan lebih daripada RM 3000.

JADUAL 2
Latar Belakang Pendidikan, Kategori dan Pendapatan


Profil Tasawur Islam

Jadual 3 menunjukkan skor tasawur Islam di kalangan responden. Berasaskan skor yang diperolehi, majoriti responden mempunyai pengetahuan tasawur Islam pada tahap sederhana (40.2%). Sejumlah 25% mempunyai pengetahuan tasawur Islam yang tinggi. Sebaliknya, sejumlah 34% mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Ini menunjukkan, hanya suku daripada responden mempunyai pengetahuan tasawur Islam yang sangat tepat.
JADUAL 3
Skor Tasawur Islam


Profil Tasawur Islam Mengikut Kategori Beliawanis

Nilai maksimum bagi z-skor tasawur Islam adalah 5.0. Purata keseluruhan tasawur Islam Tasawur Islam beliawanis adalah 3.0. Sehubungan itu, secara keseluruhannya adalah sederhana. Kajian mendapati, tiga kategori beliawanis memperolehi purata skor melebihi 3.0 iaitu mahasiswi IPTA (3.16), ahli persatuan belia (3.06) dan ahli parti politik (3.05). Sejumlah tiga kategori belia lagi memperolehi purata skor purata yang rendah atau kurang daripada 0 iaitu belia umum (2.83), pelatih pusat serenti (2.49) dan pekerja sektor industri (2.19). Sehubungan itu, ketiga-tiga kategori belia ini memerlukan perhatian yang lebih untuk membantu memantapkan lagi tasawur Islam mereka. (Sila rujuk Rajah 1).


RAJAH 1

Z-Skor Tasawur Islam Beliawanis Mengikut Kategori

Profil Personaliti Muslim

Jadual 4 menunjukkan skor personaliti Muslim di kalangan responden. Berasaskan skor yang diperolehi, majoriti skor personaliti muslim responden berada pada tahap sederhana (67.8). Sejumlah 19.3% memperolehi skor tinggi dan sederhana tinggi. Sebaliknya, sejumlah 13% memperolehi skor personaliti muslim yang rendah dan sederhana rendah.

JADUAL 4
Personaliti Muslim Beliawanis


Profil Personaliti Muslim Mengikut Kategori Beliawanis

Nilai maksimum bagi skor personaliti muslim adalah 5.0. Purata skor keseluruhan personality muslim beliawanis adalah 3.1. Oleh itu, personaliti muslim beliawanis secara keseluruhannya adalah sederhana. Kajian mendapati, semua kategori belia beliawanis memperolehi purata skor sama atau melebihi 3.0 kecuali pelatih pusat serenti 2.6. Sehubungan itu, pelatih pusat serenti memerlukan perhatian yang lebih untuk membantu memantapkan lagi personaliti muslim mereka. (Sila rujuk Rajah 2).



RAJAH 2

Skor Purata Personaliti Muslim Mengikut Kategori Beliawanis


Profil Perlaksanaan Solat Lima Waktu

Jadual 5 menunjukkan perlaksanaan ibadah solat lima waktu beliawanis secara keseluruhan. Berasaskan jadual tersebut, majoriti responden (61.5%) menunaikan tuntutan solat lima waktu. Manakala, sebahagian lagi (48.5%) lagi gagal memenuhi tuntutan rukun Islam kedua ini. Daripada jumlah tersebut, 4% jarang melakukan solat manakala 0.9% lagi tidak pernah melakukan ibadah tersebut. Situasi ini adalah membimbangkan kerana solat lima waktu merupakan tiang agama serta mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Justeru, kegagalan sebahagian besar beliawanis muslim menunaikan solat menunjukkan keruntuhan agama dan daya kawalan mereka.

JADUAL 5
Perlaksanaan Solat Lima waktu

Rajah 3 menunjukkan purata kekerapan perlaksanaan ibadah solat mengikut kategori beliawanis. Kajian mendapati, kekerapan perlaksanaan ibadah solat bagi semua kategori adalah tinggi kecuali di kalangan belia umum (2.86) berbanding skor purata keseluruhan (4.41). Bagaimanapun, soalan ini tidak diberikan kepada beliawanis pusat serenti.


RAJAH 3

Perlaksanaan Ibadah Solat Beliawanis Mengikut Kategori


Profil Lencongan Tingkah Laku

Senario lencongan tingkah laku beliawanis dicatatkan dalam Jadual 6. Hampir separuh (44.9%) daripada responden kerap melepak. Sejumlah 6.7% terlibat dengan masalah rokok manakala 6.6% pula mengakui kerap bercumbuan di luar ikatan perkahwinan. Lebih daripada 4% responden masih mengambil dadah (5.2%) dan menonton video lucah (4.5%). Sejumlah 3% atau lebih responden meminum arak dan bersekedudukan (3.9%), membaca buku lucah (3.5%) dan berzina (3.0%). Peratusan lencongan tingkah laku terendah adalah perbuatan berjudi (2.2%) dan lesbian (1.3%).

JADUAL 6
Lencongan Tingkah Laku Beliawanis Malaysia


Rajah 4 menunjukkan min lencongan tingkah laku beliawanis muslim mengikut kategori. Kajian mendapati kesemua skor purata lencongan tingkah laku adalah kurang daripada -2.0 kecuali di kalangan pelatih pusat serenti (2.68) dan belia umum (0.20). Perbezaan lencongan tingkah laku ini amat ketara di antara dua kategori tersebut dengan kategori lain. Oleh itu, secara umumnya lencongan tingkah laku di kalangan beliawanis adalah rendah kecuali bagi dua kategori belia tersebut.


RAJAH 4
Lencongan Tingkah Laku Beliawanis Muslim Mengikut Kategori

Jadual 7 menunjukkan perlakuan dosa besar di kalangan beliawanis. Kajian mendapati, 6.5% daripada responden melakukan salah satu atau melebihi satu daripada enam kategori dosa besar yang disenaraikan. Dosa-dosa besar tersebut adalah berjudi, menghisap dadah, minum arak, berzina, bersekedudukan dan lesbian. Daripada peratusan tersebut, 1.5% melakukan satu daripada kategori tersebut manakala lima peratus lagi melakukan dua atau lebih daripada kategori dosa besar tersebut.


JADUAL 7
Beliawanis dan Perlakuan Dosa Besar

Hubungan Di Antara Tasawur Islam, Personaliti Muslim, Perlaksanaan Ibadah Solat
dan Lencongan Tingkah Laku

Jadual 8 menunjukkan hubungan di antara tasawur Islam, personaliti muslim, solat dan lencongan tingkah laku beliawanis. Kajian mendapati, tasawur Islam mempunyai hubungan yang positif tetapi rendah dengan tasawur Islam. Dapatan yang sama turut diperolehi dalam hubungan personaliti muslim dan solat. Kajian turut mendapati, lencongan tingkah laku mempunyai hubungan negatif dalam kadar rendah terhadap tasawur Islam, personaliti muslim dan kekerapan menunaikan solat. Walaupun korelasi yang dicatatkan adalah rendah, kajian ini membuktikan tasawur Islam yang mantap dan solat lima waktu dapat mencegah lencongan tingkah laku. Dapatan ini selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 45 yang meletakkan ibadah solat sebagai pencegah daripada perbuatan dosa dan mungkar.

JADUAL 8
Korelasi Di Antara Tasawur Islam, Personaliti Muslim, Solat dan Lencongan Tingkah Laku

Perbincangan

Pengetahuan dan daya kawalan dalaman mempengaruhi bentuk pola tingkah laku. Dalam kajian ini, pengetahuan dicerminkan melalui tasawur Islam manakala tingkah laku pula dicerminkan melalui personaliti muslim, perlaksanaan solat lima waktu dan lencongan tingkah laku.

Rajah 5 menunjukkan hubungan di antara tasawur Islam dan personaliti muslim. Tasawur Islam membentuk nilai hidup. Solat lima waktu pula mengukuhkan nilai positif tersebut serta menjadi agen kawalan dalaman individu. Nilai dan kawalan dalaman tersebut kemudiannya membentuk personaliti muslim yang positif dan mencegah individu tersebut daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan norma (lencongan tingkah laku). Sehubungan itu, pemantapan tasawur Islam dan perlaksanaan ibadah solat adalah modus operandi yang sesuai untuk melahirkan beliawanis muslim yang berakhlak mulia dan seterusnya berupaya memberikan sumbangan optimum kepada kesejahteraan masyarakat.

RAJAH 5

Hubungan Antara Tasawur dan Personaliti


Rajah 6 menunjukkan jangkaan hubungan di antara tasawur Islam dan perlaksanaan ibadah solat. Tasawur Islam yang tinggi dan perlaksanaan solat lima waktu membolehkan individu mempunyai personaliti muslim yang positif, daya kawalan yang tinggi dan seterusnya mempunyai risiko lencongan tingkah laku yang rendah. Golongan ini adalah individu sejahtera. Situasi sebaliknya menghasilkan individu yang dikategorikan sebagai sangat lemah. Individu yang menunaikan tuntutan ibadah solat dengan sempurna tetapi lemah tasawur mempunyai daya kawalan yang tinggi namun masih berisiko untuk melakukan lencongan tingkah laku akibat kejahilan diri tentang ajaran agama. Justeru, personaliti muslim individu tersebut pula adalah sama ada positif atau negatif. Jangkaan personaliti bagi golongan yang mempunyai tasawur yang tinggi tetapi tidak menunaikan tuntutan solat lima waktu adalah bersamaan dengan individu yang lemah tasawur. Bagaimanapun, daya kawalan individu tersebut adalah rendah. Justeru, risiko lencongan tingkah laku adalah tinggi.

RAJAH 6

Matrik Jangkaan Hubungan Di Antara Tasawur Islam dan Solat Lima Waktu

Tasawur Islam yang mantap amat penting untuk menjamin kesejahteraan nilai hidup yang dipegang oleh individu. Bagaimanapun, hanya suku daripada responden didapati mempunyai tasawur Islam yang tinggi. Kajian menunjukkan 34 peratus beliawanis muslim mempunyai tasawur yang rendah. Statistik ini perlu diberi perhatian kerana tasawur dan pemahaman terhadap agama mempengaruhi nilai dan prinsip hidup. Nilai tersebut kemudiannya mepengaruhi tindakan dan pola tingkah laku individu.

Kajian menunjukkan hampir 49 peratus daripada beliawanis muslim tidak menyempurnakan solat lima waktu. Peratusan tersebut adalah membimbangkan kerana solat lima waktu adalah rukun agama yang dapat memberikan daya kawalan dalaman yang tinggi seterusnya mencegah lencongan tingkah laku. Statistik pengabaian ibadah solat ini menunjukkan sebahagian besar daripada beliawanis Muslim berisiko tinggi untuk terlibat dalam pelbagai gejala negatif tersebut dan seterusnya berpotensi menambahkan bilangan statistik yang sedia ada.

Situasi membimbangkan ini pastinya memberikan implikasi besar kepada kesejahteraan negara khususnya dalam jangka masa panjang. Ini seiringan dengan status beliawanis muslim sebagai tiang negara pada hari ini dan pengasuh, pendidik dan pemimpin generasi akan datang. Sehubungan itu, dasar-dasar yang efektif dan efisyen perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memantapkan tasawur Islam, ibadah solat dan penghayatan agama beliawanis muslim secara menyeluruh. Kesemua ini adalah penting untuk menjamin kesejahteraan dan kestabilan negara pada hari ini dan akan datang.
Rujukan Penerbitan Artikel dalam Prosiding
Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah, Hasnan Kasan. 2006. Malaysian muslim youth: Religiosity, personality and devient profiles, In Proceeding of Psychological Seminar of Community Development ISM-UKM, 20-21 December 2006, pp. 126-138, - Proceeding

Wednesday, January 03, 2007

Kaedah Pembinaan Alat Ukuran Psikometrik Pendidikan Islam

Kaedah Pembinaan Alat Ukuran Psikometrik Pendidikan Islam [1]

Azimi Hamzah, Jamiah Hj. Manap, Sidek Mohd. Noah (smn@educ.upm.edu.my), Hasnan Kasan (hasnan@pkrisc.cc.ukm.my), Turiman Suandi (tdpp@educ.upm.edu.my), Khairul Anwar Mastor (kam2000@pkrisc.cc.ukm.my), Rumaya Juhari (rumaya@putra.upm.edu.my), Abdul Lateef Abdullah @ Steven Eric Kraus , Zanariah Mohd. Nor, Azma Mahmood (umiazma@yahoo.co.uk.).


ABSTRAK

Fitrah manusia tidak berubah mengikut zaman (Nik Mustafa Nik Hasan, 1999). Justeru, manusia memerlukan Islam sebagai panduan hidup berasaskan realiti daripada Allah yang tidak mempunyai batasan ruang dan masa (Khurshid Ahmad, 2001). Dalam usaha untuk menghayati ajaran Islam dengan sempurna, penilaian merupakan elemen utama pendidikan dan pembangunan insan (Tunku Sarah Tunku Mhd Jiwa, 1999). Penilaian yang tepat memerlukan kaedah pengukuran yang berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada kaedah pembinaan alat ukuran psikometrik yang mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sebagai asas dalam menghasilkan alat ukuran yang tepat dan efektif menggunakan metodologi penyelididkan kualitatif. Kaedah tersebut merangkumi memahami konsep pendidikan Islam yang ingin diukur dengan jelas dan terperinci, membina model pengukuran yang jelas dan menyeluruh, mendapatkan pengesahan pakar dalam bidang agama dan mendapatkan pengesahan daripada pakar akademik bagi alat ukuran tersebut dan memastikan keseluruhan kandungan alat ukuran pendidikan Islam bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Kata kunci: Pengukuran psikometrik, kesahan kandungan dan pendidikan Islam


Islamic Educational Psychometric Instrument Development with High Content Validity Method

ABSTRACT

Human fitrah is consistent across time (Nik Mustafa Nik Hasan, 1999). Therefore, people need Islam as guidance for living in the reality from Allah who is without space and time limitations (Khurshid Ahmad, 2001). In order to understand Islamic teachings proficiently, evaluation is one of the most important elements in education and human development (Tunku Sarah Tunku Mhd Jiwa, 1999). In accurate evaluation requires an effective measurement technique. The current study thus focused on identifying a method to develop a psychometric instrument with high content validity as a basis for producing such an instrument using qualitative reseach methods. The methods consisted of having a clear and in-depth understanding of the Islamic concepts to measure, developing a clear and comprehensive model, achieving concurrence with religious experties and academicians and ensuring that the overall content of the instrument was aligned with the teachings of Al-Quran and Sunnah.
Keywords: Psychometric instrument, content validity and Islamic education

PENDAHULUAN

Ajaran Islam adalah ajaran yang lengkap dan sempurna. Kefahaman dan penghayatan ajaran Islam yang sempurna terbukti berjaya membentuk peradaban dan tamadun manusia yang unggul dan bermaruah. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan kecemerlangan sahsiah dan kemakmuran tamadun Islam di zaman Rasulullah dan Khulafa-ur-Rasyidin. Justeru, untuk menjadi melahirkan insan cemerlang yang berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan manusia, pendidik perlu menilai dan mengetahui sejauhmana kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam. Dengan mengetahui tahap kefahaman dan penghayatan pelajar, pendidik dapat merangka dan melaksanakan langkah proaktif untuk memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan tersebut seterusnya mencegah kejahilan dan perlangggaran terhadap ajaran Islam. Salah satu kaedah penilaian yang terbukti berkesan adalah menggunakan kaedah pengukuran psikologi. Dalam kaedah pengukuran psikologi, kesahan kandungan merupakan elemen utama yang menentukan keupayaan alat ukuran tersebut untuk mengukur gagasan yang ingin diukur dengan tepat. Kesahan kandungan dalam kajian ini ditakrifkan sebagai sejauhmana kandungan alat ukuran sesuai, merangkumi dan mencukupi untuk mengukur bidang atau gagasan yang ingin diukur. Sehubungan itu, kertas kerja ini membentangkan kaedah khusus untuk memastikan alat ukuran pendidikan Islam yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi.


METODOLOGI

Metodologi kajian kualitatif grounded theory menggunakan pendekatan indepth elite interview dibuat ke atas enam orang pakar dalam bidang agama iaitu Prof. Syed. Naquib Al-Attas, Prof. Malik Badri, Prof. M. Kamal Hassan, Prof. Zakaria Stapa, Ustaz Uthman El-Muhammady dan Sahibus Samahah Dato’ Hasyim Yahya. Data kemudiannya dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik yang disokong oleh kajian kepustakaan untuk mengenalpasti kaedah untuk membangunkan kesahan alat ukuran untuk mengukur konsep dan gagasan khusus dalam pendidikan Islam.


KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN


Berasaskan kajian yang dibuat, terdapat lima kaedah yang telah dikenalpasti untuk memperolehi kesahan kandungan bagi alat ukuran pendidikan Islam yang dibangunkan iaitu memahami konsep pendidikan Islam yang ingin diukur dengan jelas dan terperinci, membina model pengukuran yang jelas dan menyeluruh, mendapatkan pengesahan pakar dalam bidang agama dan mendapatkan pengesahan daripada pakar akademik bagi alat ukuran tersebut dan memastikan keseluruhan kandungan alat ukuran pendidikan Islam bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Memahami Konsep Pendidikan Islam Dengan Jelas dan Terperinci

Konsep-konsep pendidikan Islam bersifat khusus dan terperinci. Justeru, konsep dan gagasan yang ingin diukur seperti konsep Islam, iman, ehsan, amanah, taqwa, tawakal, bersyukur, pemaaf dan berakhlak mulia perlu difahami dengan jelas dan terperinci. Begitu juga dengan konsep-konsep yang bersifat teknikal seperti dalam masalah faraid, tajwid, pengiraan zakat dan feqah. Apabila konsep tersebut difahami dengan jelas, pembinaan item dapat dilaksanakan dengan mudah dan ralat item alat pengukuran dapat dielakkan. Pemahaman yang mendalam boleh diperolehi oleh penyelidik melalui proses pembelajaran berterusan yang merangkumi pendidikan agama secara formal dan tidak formal serta penghayatan dan pengaplikasian daripada ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

Model Pengukuran yang Jelas dan Menyeluruh

Model pengukuran yang jelas dan menyeluruh merupakan satu keperluan untuk membina alat ukuran pendidikan Islam yang berkualiti. Model dalam konteks kajian ini adalah rumusan yang menerangkan tentang sistem yang ingin dikaji menggunakan elemen-elemen realiti yang signifikan dalam bentuk gambar rajah. Pembentukan model dibuat setelah konsep atau teori difahami dan dikuasai dengan jelas oleh penyelidik. Model yang dibentuk membolehkan item-item alat pengukuran yang akan dibangunkan adalah mencakupi keseluruhan bidang yang dikaji. Oleh itu, model yang dibentuk adalah sebahagian daripada proses untuk mendapatkan kesahan kandungan alat pengukuran. Model dibentuk berasaskan konsep atau teori yang diperolehi pada peringkat awal kajian. Konsep-konsep dan teori yang diperolehi kemudiannya dijelaskan dalam bentuk model yang komprehensif sebagai garis panduan dalam pembinaan item.

Pengesahan Pakar Agama

Penglibatan pakar dalam bidang agama adalah penting dalam proses pembentukan alat ukuran. Sehubungan itu, pakar-pakar dalam bidang agama perlu dikenal pasti bagi membantu penyelidik memahami konsep religiositi yang ingin diukur. Pakar-pakar tersebut adalah mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang luas, mempunyai kepakaran dalam bidang agama yang diperakui umum dan memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan religiositi muslim di Malaysia. Antara pakar-pakar tersebut adalah mufti-mufti atau bekas mufti yang telah dilantik oleh kerajaan negeri atau persekutuan, pendakwah bebas yang diktiraf kepakarannya oleh umum, pengarah di jabatan agama Islam negeri dan kebangsaan serta ahli akademik dalam bidang agama. Penglibatan pakar diperlukan di dalam dua peringkat pembentukan alat ukuran iaitu pembentukan teori konsep dan pembangunan item.

Pembentukan konsep atau teori adalah gerak kerja yang dilaksanakan untuk memahami dan seterusnya menguasai teori, konsep atau gagasan religiositi yang ingin diukur pada peringkat awal pembentukan alat ukuran.Teori adalah satu set pernyataan tentang makna dan interpretasi terhadap hubung-kait antara pembolehubah atau konsep yang mempengaruhi persepsi dan interpretasi individu terhadap sesuatu perkara (Ezzy, 2002). Pembentukan konsep atau teori membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji dengan mendalam (Ezzy, 2002). Proses ini juga membolehkan kesahan kandungan diperolehi. Kesahan kandungan merupakan sejauh mana alat pengukuran dapat mengumpul data yang merangkumi isi kandungan sesuatu bidang yang hendak diukur (Sidek Mohd. Noah, 1998). Konsep merupakan tanggapan terhadap sesuatu perkara berasaskan penyataan-penyataan yang signifikan atau relevan. Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang kompleks dan mengandungi pelbagai faktor yang saling berinteraksi (Sidek Mohd. Noah: 1998: 13).

Pembentukan konsep dan teori dilaksanakan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif. Kajian kualitatif membolehkan fenomena sosial yang kompleks difahami dengan jelas (Marshall & Rossman, 1989). Sehubungan itu, kajian kualitatif amat sesuai digunakan untuk menilai dan membangunkan teori yang berkait dengan makna dan interpretasi. Penyelidik merupakan instrumen utama di dalam kajian kualitatif (Merriam, 1999). Oleh itu, penyelidik perlu mengikuti kursus-kursus yang relevan untuk menguasai kemahiran mengendalikan kajian kualitatif sebelum kajian dilaksanakan.

Kajian kualitatif dilaksanakan untuk memahami konsep dan seterusnya membangunkan teori religiositi dan personaliti menurut perspektif Islam. Salah satu daripada pendekatan kajian kualitatif yang sesuai adalah kajian kualitatif grounded theory menggunakan pendekatan indepth interview atau elite interview yang dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Grounded theory merupakan strategi penyelidikan yang bertujuan menjana kategori dan teori daripada data lapangan (Punch, 1998).

Pembangunan item merupakan pembangunan item-item alat ukuran untuk mengukur gagasan-gagasan yang ingin diukur. Pembangunan item dibuat setelah pembentukan konsep/teori, pembentukan model dan pendefinisian operasional dilaksanakan.Tahap ini amat penting (Sidek Mohd. Noah, 1998). Pembangunan item membolehkan penyelidik membangunkan item-item yang relevan dan tepat untuk membina alat ukuran bagi mengukur kriteria atau gagasan-gagasan yang ingin diukur. Item-item yang dibangunkan juga akan menentukan kesahan, kebolehpercayaan dan kualiti alat ukuran. Item dibangunkan berasaskan definisi operasional yang dibuat terhadap gagasan-gagasan yang ingin diukur. Sehubungan itu, penyelidik perlu menguasai bidang yang ingin diukur atau melantik pakar dalam bidang berkenaan untuk melaksanakan proses ini.

Pengesahan Pakar Akademik

Pengesahan pakar akademik terhadap alat ukuran yang dibangunkan juga penting. Pengesahan pakar akademik merujuk kepada persetujuan pakar-pakar akademik dalam bidang yang berkaitan dengan alat ukuran yang dibangunkan seperti dalam bidang agama, psikologi dan pengukuran yang dilantik terhadap item-item alat ukuran. Pengesahan pakar akademik boleh dilaksanakan melalui penilaian arbiter. Penilaian arbiter merupakan proses penilaian sekumpulan pakar dalam bidang yang hendak diukur untuk menilai kesesuaian dan kecukupan item yang dibangunkan bagi alat ukuran tersebut. Penilaian arbiter dibuat setelah item dibangunkan untuk mengetahui kesesuaian dan kecukupan item-item yang dibangunkan bagi alat ukuran dikenal pasti.

Bertepatan dengan Ajaran Al-Quran dan Sunnah

Hasil kajian yang merangkumi konsep dan item-item alat ukuran yang dibangunkan mestilah menepati ajaran al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah merupakan dua sumber rujukan utama umat Islam. Justeru, keduanya menjadi neraca dalam menentukan nilai-nilai yang baik dan buruk serta membezakan antara yang hak dan batil (perkara yang betul atau salah). Sehubungan itu alat ukuran yang dibangunkan perlu dipastikan tidak menyalahi ajaran al-Quran dan Sunnah. Bagi memenuhi tujuan tersebut, al-Quran dan hadith perlu dijadikan sebagai sebagai dokumen utama kajian. Dokumen merupakan sumber yang berpotensi dapat memberikan maklumat yang berguna dan relevan dengan konteks kajian (Glesne & Peshkin, 1992). Kedua-dua dokumen ini adalah penting untuk menyokong, mengesahkan dan seterusnya menjelaskan firman-firman Allah dan hadis-hadis yang dikemukakan oleh pakar, membentuk konsep atau model pengukuran serta menilai ketepatan item yang dibentuk atau menolak sebarang fakta yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam kajian yang dibuat.

Rajah 1 menunjukkan kaedah untuk mendapatkan kesahan kandungan alat ukuran pendidikan Islam secara menyeluruh dalam bentuk piramid. Berasaskan rajah tersebut, kesahan kandungan alat ukuran pendidikan Islam diperolehi dengan memahami konsep pendidikan Islam yang ingin diukur dengan jelas dan terperinci, membina model pengukuran yang jelas dan menyeluruh, mendapatkan pengesahan pakar agama dan pakar akademik serta bertepatan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Daripada kelima-lima kaedah yang dikemukakan, keselarasan kandungan keseluruhan alat ukuran dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah adalah tapak piramid atau asas utama kepada kesahan kandungan alat ukuran. Justeru, kesahan kandungan alat ukuran tidak wujud apabila kandungan alat ukuran bersalahan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah walaupun empat kaedah yang lain diaplikasikan dalam pembangunan alat ukuran.

Kesahan kandungan alat ukuran sangat penting untuk memastikan kandungan alat ukuran adalah mencukupi dan merangkumi bidang yang dikaji. Ini kemudiannya membolehkan tahap kefahaman dan penghayatan agama pelajar dapat di ukur dengan tepat. Lanjutan itu, langkah proaktif dapat diambil untuk memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan pelajar dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang dan dapat memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan dan kesejahteraan sejagat. Sehubungan itu, pendidik perlu memastikan alat ukuran yang dibangunkan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah yang dikemukakan. Dalam pada itu, pendidik perlu menyedari bahawa kesahan alat ukuran bersifat terbatas kerana pengetahuan dan keupayaan penilaian manusia itu sendiri bersifat terbatas. Justeru, nilai mutlak diri manusia adalah di sisi Allah kerana ilmu Allah dan kekuasaan Allah meliputi setiap kejadian yang berada di langit dan di bumi samaada yang zahir mahupun tersembunyi.





RAJAH 1

Piramid Pembentukan Kesahan Kandungan Alat Ukuran Pendidikan Islam

RUJUKAN

Ezzy, D. (2002). Qualitative Analysis: Practice and innovation. London: Routledge.

Glesne, C. dan Peshkin, A. (1992). Becoming qualitative researchers: An
introduction. New York: Longman.

Khurshid Ahmad, (2003). Islam: Basic principles and characteristics.
http://www.iiu.edu.my/deed/articles/bpsc.html.

Marshall, C. dan Rossman, G. B. (1989). Designing qualitative research (Edisi Ketiga).
California: SAGE Publications.

Merriam, S. B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education:
Revised and Expended from Case Study Research in Education. California: Josey Bass Inc.

Nik Mustapha Nik Hassan, (1999). Towards developing quality and productive personality,
Jurnal Al-Nahdah, 18 (3), 16-20.

Punch, K. F. (1998). Introduction to social research: quantitative and qualitative
Approaches. London: SAGE Publications

Sidek Mohd Noah, (1998). Pengujian dalam psikologi dan kaunseling: untuk
pelajar psikologi dan kaunseling. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra Malaysia.

BIODATA PENULIS


Prof. Dr. Hj. Azimi Hamzah
Pembangunan Belia (Ed.D)
Pembangunan Belia (M.Sc.)
Entomologi (B.Sc.)

Prof. Madya Dr. Steven Eric Kraus@Abdul Lateef Abdullah
Pengajian Belia (Ph.D)
Kerja Sosial (M.S)
Sains politik dan ekonomi (B.A.)

Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor
Pembangunan Personaliti (Ph.D)
Pendidikan dan Pembangunan Manusia (MA.)
Sains Makanan (B. Sc.)


Ustaz Hasnan Kasan
Pengajian Islam - B.A (Hons)
Sains Sosial dan Pengajian Islam (M.Phill)




[1] Kertas kerja dibentangkan dibentangkan di Seminar Wacana Pendidikan Islam, UKM pada 25 & 26 Jun 2005.

Pemikiran Kritis

Berfikir Kritikal

Oleh DR. SIDEK BABA


ISTILAH kritikal berasal dari perkataan Greek kritikos yang bermaksud judge atau menghakimi atau mengadili. Dalam tradisi orang-orang Greek dan Yunani, ia melahirkan pemikir-pemikir yang amat kritikal terhadap sesuatu subjek dan akhirnya menjadi ahli falsafah yang terkenal.

Barat menjadikan asas berfikir Aristotle, Plato dan Socrates sebagai landasan mengembangkan ilmu dan kehidupan. Dalam tradisi orang-orang Islam pemikiran kritikal memang menjadi landasan dalam membuat sesuatu keputusan, tafsir dan takwil . Menafsir al- Quran dan hadis dilakukan secara kritikal supaya hasil pemikiran selari dengan kebenaran. Kebenaran dalam Islam merujuk kepada sumber naqliah atau sumber wahyu. Wahyu adalah autoriti atau wibawa yang tertinggi dalam memandu manusia berfikir supaya kebenaran yang diterima tidak saja zahir tetapi memberi makna yang hakiki.

Berfikir secara kritikal membimbing pemikir ke arah kebenaran. Puncak kepada berfikir menemukan manusia mengenai kebenaran. Proses berfikir kritikal membolehkan seseorang membezakan yang benar dengan yang salah, yang buruk dengan yang baik, yang bermanfaat dan bermusibat, yang memberi faedah atau mendatangkan padah dan sebagainya. Sudah tentu asas yang memberikan kemampuan seseorang berfikir kritikal ialah ilmu, maklumat, pengalaman, pertukaran pandangan dan dalam tradisi Islam diakhiri dengan hikmah. Hikmahlah merupakan jalan terbaik membimbing manusia menemui kebenaran.

Para remaja adalah kelompok yang terbaik dilatih untuk berfikir kritikal. Kemajuan ilmu dan pemikiran atau idea bergantung kepada wujudnya suasana yang mengizinkan pemikiran kritikal berlaku. Apalagi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti kemahiran berfikir secara kritikal adalah amat dituntut. Remaja bakal menjadi dewasa dan bakal memegang teraju kepimpinan dan pengurusan ilmu, sistem dan negara pada masa depan.
Amat penting remaja hari ini dididik dengan kemahiran berfikir yang kritikal supaya jenis cabaran yang dinamik berubah tidak menjadikan remaja gelabah untuk mencari arah diri dan arah tujuan dalam mengurus manusia dan kemanusiaan.

Di zaman pasca moden ini faham anarki (ketidakaturan) berkembang pesat dalam pemikiran, kesenian, bahasa, kebudayaan malah gaya hidup manusia. Globalisasi yang datang menjadi pemangkin terhadap jalur anarki. Kemajuan sains dan teknologi menyebabkan faham anarki semakin mengukuh dengan melebarkan jaringan komunikasi dan telekomunikasi dan akhirnya membentuk suatu budaya popular yang menghubungkan sesuatu dengan konsep realiti.
Konsep realiti sudah mula menolak jalur tradisi dan akhirnya bakal menjinjing manusia kepada kesamaran hala tuju hidup.

Untuk menjadikan remaja berfikir secara kritikal, pemahaman terhadap tradisi perlu kukuh, asas ilmu harus teguh, sikap terbuka terhadap perbezaan perlu ada, ketelitian terhadap fakta dan data perlu wujud. Kesediaan diri untuk dikritik dan mengkritik juga perlu ada. Tanpa asas ini pemikiran kritikal tidak akan berkembang. Pemikiran kritikal memandu remaja berfikir secara teliti, analitikal dan berupaya memberikan hujah-hujah yang baik dan bernas apabila fakta itu didapati tidak benar atau diolah dengan dangkal atau tidak berasaskan maklumat yang sahih dan jitu.

Perubahan

Menghadapi perubahan ruang dan waktu, para remaja tidak harus mengambil sikap menolak tradisi. Tradisi adalah mata rantai yang membangun tamadun. Kemajuan yang dicapai pada hari ini adalah hasil adanya tradisi berfikir dan berilmu yang menjadi tapak atau titik-tolak keunggulan ilmu pada masa lalu. Tidak mungkin apa yang akan berlaku pada masa depan tanpa tapaknya terbina di hari ini. Pemahaman terhadap tradisi ialah sesuatu yang berkesinambungan. Asas-asas yang baik dijadikan teladan dan mengembangkan budaya hidup yang beradab dan subur dengan nilai kemanusiaan.
Kemahiran yang perlu ada pada remaja di samping memahami dan menghargai tradisi ialah mengurus perubahan.

Dalam Islam yang berubah itu ialah bentuk atau sesuatu yang dikaitkan dengan kemajuan alat. Fitrah kehidupan tetap sama. Sejak zaman Nabi Adam sehinggalah ke zaman Nabi Nuh, Lut, Isa, Musa dan Nabi Muhammad dua perkara yang menjadi asas kecenderungan manusia iaitu sama ada manusia kekal berada dalam fitrah atau manusia yang melampaui batas fitrah. Alat yang digunakan dengan maksud yang baik bakal mengukuhkan fitrah manusia tetapi alat yang digunakan untuk maksud yang tidak baik boleh merosakkan fitrah manusia yang asalnya baik. Risalah nubuwah atau keNabian bermaksud mengajak manusia kembali dan kekal dalam keadaan fitrah. Manusia diberikan pedoman mengenai alam nyata dan alam ghaib, mengenai yang dicipta dan Pencipta, hubungan yang dicipta dengan persekitarannya supaya kebenaran yang hakiki menjadi asas membangunkan manusia dalam keadaan yang fitrah.

Sebagai remaja Islam, asas ilmu Mengurus Diri dan asas ilmu Mengurus Sistem perlu kukuh. Serangan fahaman sekular dan liberal masa kini boleh menjerumuskan kecenderungan kritikal kepada faham anarki. Banyak masalah kehidupan yang dialami oleh orang Barat yang berkembang hasil penolakan mereka terhadap hidup yang fitrah. Isu-isu seperti hak asasi, gender, feminisme dan pandangan terhadap agama lahir kerana asas berfikir mereka tidak lagi dipedoman oleh agama. Agama bagi mereka tidak relevan dan menganggap ‘Tuhan sudah mati’.

Sebahagian remaja dan dewasa apabila terdedah dengan orientasi ilmu Barat yang menolak agama, tiba-tiba menjadi ‘orientalis baru’ yang mengkritik asas keagamaan yang dianut oleh orang-orang terdahulu mahupun orang-orang terkini. Menghubungkan sesuatu dari Barat sebagai maju dan mengaitkan sesuatu yang datang dari agama sebagai kolot tidak datang dari daya kritis yang baik. Kalau begitu apa asas yang menyebabkan tamadun Islam berkembang berabad-abad sehingga Barat terhutang ilmu kepada Islam.
Hari ini, umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu dan teknologi Barat.
Kemunduran umat Islam pada hari ini secara kritisnya berpunca dari renggangnya hubungan umara (pemimpin) dengan ulama' atau ilmuan. Umara' atau kepimpinan kini cenderung menjadikan Barat sebagai model terbaik dalam pembangunan dan kemajuan dan kurang cenderung memperkasa tamadun sendiri. Sebahagian besar ulama memiliki keupayaan yang baik mengenai ilmu Mengurus Diri tetapi amat kurang kepakaran dalam Ilmu Mengurus Sistem. Akhirnya dikotomi umara dan ulama melahirkan konflik yang bakal memberi kesan terhadap kesatuan umat.

Kedua, ilmu yang diteroka oleh generasi muda Islam tidak sifatnya integratif. Falsafah dan etika ilmu Mengurus Sistem tersisih dengan nilai-nilai murni Ilmu Mengurus Diri. Ia menyebabkan konflik keilmuan yang berterusan dan merugikan. Ketiga, tradisi tadabbur atau penyelidikan tidak berkembang, menyebabkan tidak lahirnya penemuan-penemuan dan karya-karya besar untuk dijadikan rujukan umat. Keempat kegagalan menjambatani tradisi turath atau menghayati kitab-kitab lama dengan metodologi baru dalam karya-karya terkini yang menyebabkan karya-karya terkini lebih dominan menguasai minda remaja dan generasi baru.

Bersikap kritis terhadap ajaran dan pengajaran dalam tradisi Islam tidaklah ditolak dan bersikap kritis terhadap watak umat Islam memang dialu-alukan. Tetapi kritis terhadap kebekuan dan tidak berkembangnya ilmu Islam bukan bermakna ajaran Islam itu tidak berdaya maju. Bersikap kritis kepada amalan umat Islam adalah perlu. Tidak semua amalan yang berlaku sama ada dalam proses pengilmuan dan kehidupan selari dengan ajaran Islam.
Oleh itu para remaja hari ini harus mempunyai daya kritis yang tinggi supaya dinamika agama dan kehidupan sentiasa seiring. Mengkritik kelemahan umat Islam tidak semestinya menolak kepentingan agama dalam kehidupan. Ada sebab-sebab lain yang menyebabkannya lemah. Ajaran agama memerlukan penyegaran dan penjernihan kembali. Ia tidak bermakna remaja Islam menolak prinsip-prinsip asasi yang ada pada Islam baik akidah, ibadah, mualamal, syariah dan sebagainya. Tetapi upaya kritis itu hendaklah mampu menjadikan prinsip dan ajaran Islam sesuatu yang hidup dan terus mampu mempedoman zaman dan memacu perubahan. Inilah asas pemikiran kritis yang harus disuburkan oleh remaja.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
*Bicara Agama, Utusan Malaysia, 15 Julai 2006

Tuesday, January 02, 2007

Pengukuran Religiositi Muslim

Pengukuran Religiositi Muslim



Kandungan

Bab I : Pengenalan

Bab II : Pengukuran Psikologi

Bab III : Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bab IV : Kriteria Pengukuran Religiositi Muslim

Bab V : Prinsip Pengukuran Religiositi Muslim

Bab VI : Pembangunan Alat Ukuran Religiositi Muslim

Bab VII: Kesimpulan

Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah



Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah

oleh
Azhar Ahmad
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
chead46@hotmail.com

Dr. Ab. Halim Tamuri
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
abhalim@pkrisc.cc.ukm.my

ABSTRAK

Dalam konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan serta kekuatan politik yang akan menjamin kecemerlangan negara secara berterusan. Atas kesedaran tersebut, kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020. Pada masa yang sama, pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Namun, status sebenar penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah yang telah melalui sistem pendidikan di negara ini masih menjadi tanda tanya. Dapatan dari satu kajian tinjauan menunjukkan bahawa status keseluruhan penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan ini seterusnya menggambarkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa aspek akhlak kritikal di kalangan pelajar sekolah menengah seperti kewajipan solat lima waktu, adab pergaulan dan pendedahan aurat. Sekaligus, tinjauan ini mungkin memberikan sedikit gambaran tentang punca kepada beberapa masalah sosial yang dihadapi dalam masyarakat masa kini. Beberapa prospek penyelidikan turut dicadangkan bagi meneliti dengan lebih mendalam terhadap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah.

PENDAHULUAN
Kepentingan akhlak sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020 iaitu “…untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi” (Mahathir, 1991). Dalam konteks pembangunan ekonomi dan politik di dalam sesebuah negara, pembinaan akhlak dalam bentuk pembangunan manusia yang seimbang dan bersepadu akan menjamin pembangunan ekonomi yang mampan (M. Umar, 1998; Mohd Kamal, 1988a) serta kekuatan politik yang akan menjamin kelangsungan dan kecemerlangan bangsa dan negara secara berterusan (Tajul Ariffin Nordin, 1999).

Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat bukan saja menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu dalam masyarakat (Najati, 1993), malah turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat (Malek Bennabi, 1998). Malah para pengkaji kemasyarakatan Barat sendiripun menyedari akan sendi-sendi kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap keperluan kepada kembali kepada unsur-unsur pemurnian akhlak terutama sekali melalui agama (Mohd Sulaiman Yasin, 1992).

Sungguhpun demikian, realiti semasa menunjukkan petanda mengenai jurang yang semakin melebar di antara idealisme kepentingan akhlak dalam konteks pembangunan negara dengan kemelut sosial yang sedang dihidapi di dalam sesebuah masyarakat. Selain dari angka-angka penglibatan rakyat Malaysia secara umum di dalam aktiviti jenayah yang semakin bertambah setiap tahun, kegerunan terhadap gejala sosial ini semakin membimbangkan melalui kadar penglibatan golongan belia beragama Islam di dalam kancah tersebut (Wan Liz Osman, 2000), sekaligus memberi suatu gambaran tentang gejala kemerosotan nilai akhlak yang sedang dialami oleh umat Islam di negara ini.

Kesedaran dan kepekaan pihak-pihak yang berwajib terhadap punca-punca kemerosotan akhlak dan pentingnya peranan pendidikan didalam membentuk generasi yang berakhlak selari dengan rentak pembangunan negara tidak dapat dipertikaikan lagi. Pelbagai dasar, sistem, perancangan strategik dan program yang dilaksanakan dalam amalan pendidikan di negara ini memberikan gambaran yang jelas terhadap komitmen pihak kerajaan untuk melahirkan generasi rakyat Malaysia yang memiliki keperibadian yang mulia dan seimbang. Selaras dengan komitmen tersebut, Kementerian Pendidikan juga telah menggubal konsep pendidikan bersepadu yang dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan untuk mencapai hasrat pembentukan “insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”. Disamping itu, beberapa matapelajaran khusus ditawarkan bagi membentuk akhlak dan moral pelajar seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral (teras sekolah rendah dan menengah), Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Tasawwur Islam (elektif sekolah menengah).


KONSEP AKHLAK

Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin. Tokoh falsafah akhlak Islam, Miskawaih (1966) pula merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan. Imam Al-Ghazali (tanpa tarikh) pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap, sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu (Mohd Sulaiman Yasin, 1992). Walau bagaimanapun, Jalaluddin dan Usman (1994) menegaskan bahawa kewujudan akhlak yang mulia terlihat di dalam sikap pengabdian (sikap dan tingkahlaku) seseorang hamba kepada Allah SWT dan kepada persekitarannya, baik kepada sesama manusia, mahupun terhadap alam sekitar.

Ahmad Amin (1974) pula merumuskan bahawa akhlak sebagai ‘iradat-iradat yang dibiasakan’ (hal. 63) iaitu apabila sesuatu perbuatan yang berasaskan kemahuan atau iradat itu diulang-ulang, maka ia akan menjadi akhlak. Beliau juga menggambarkan akhlak sebagai ‘membiasakan sesuatu kecenderungan secara berkekalan’. Menurut beliau, kecenderungan yang tidak menjadi kebiasaan yang berkekalan tidak boleh dinamakan sebagai akhlak seperti seseorang yang memberikan sesuatu sekali-sekala. Pandangan yang diberikan oleh Ahmad Amin ini selari dengan konsep akhlak yang diutarakan oleh Ibnu Miskawaih dan Al-Ghazali yang menekankan unsur ketekalan sesuatu keadaan yang wujud di dalam jiwa seseorang sehingga melahirkan perlakuan atau perilaku yang tekal dan mudah di dalam mana-mana keadaan yang dialami oleh seseorang. Sama seperti Al-Ghazali, Ahmad Amin menjelaskan bahawa akhlak adalah sifat kejiwaan atau keadaan yang wujud di dalam diri seseorang. Ab. Halim dan Zarin (2002) pula merumuskan bahawa akhlak ialah satu set kepercayaan, undang-undang dan sistem yang berkaitan dengan kelakuan atau tindakan manusia yang menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk, dan betul atau salah dalam konteks ketauhidan manusia kepada Allah S.W.T.

Dari segi perlakuan, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan keadaan luaran bagi fenomena akhlak yang wujud di dalam diri seseorang. Menurut Ahmad Amin (1975), fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang. Tingkahlaku atau perilaku yang baik, tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku yang buruk, tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada pada jiwa seseorang. Secara lebih khusus dalam kehidupan seharian, fenomena akhlak yang lahir di dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut sebagai adab. Menurut Gabrieli (1960), adab adalah istilah di dalam Bahasa Arab yang bermaksud adat, kebiasaan, etika dan tingkahlaku yang diikuti dari orang-orang yang dianggap sebagai model. Adab di dalam Islam pula merujuk kepada tingkahlaku yang baik bagi sesuatu perkara yang diterima oleh Islam dari pengajaran-pengajarannya (Al-Kaysi, 2000). Syed Ali Ashraf (1990) pula merumuskan bahawa adab merupakan suatu sistem model tentang bagaimana manusia melaksanakan kehendak ketuhanan di dalam kehidupan seperti yang diteladani oleh Rasulullah SAW dari pengajaran-pengajaran yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Oleh kerana itu, menurut beliau, pendidikan dijelaskan sebagai proses membudayakan adab dan latihan kesedaran akhlak bersumberkan pembelajaran al-Quran dan al-Sunnah sekaligus mendidik manusia untuk melaksanakannya di dalam kehidupan individu dan sosial.

Sumber-sumber Akhlak Islam

Agama dan akhlak adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain (Darraz, 1973; Al-Attas, 1978; Syed Ali Ashraf, 1990; Mohd Sulaiman Yasin, 1992; Bello, 2001). Syed Ali Ashraf (1990) menegaskan bahawa seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa tetapi tidak berakhlak pada masa yang sama. Secara asasnya, sumber-sumber utama bagi akhlak Islam itu diambil dari dua asas utama Islam itu sendiri iaitu al-Quran dan al-Sunnah (Abdul Haq Ansari, 1989; Majid Fakhry, 1991; Zakaria, 1999b; Ab. Halim & Zarin, 2002; Jamiah Abd Manap et al, 2004). Walaupun demikian, menurut Profesor Abdul Haq Ansari (1989), satu lagi sumber yang harus diambilkira sebagai sumber akhlak ialah amalan para sahabat kerana mereka adalah golongan yang dilatih sendiri oleh Rasulullah SAW , kehidupan mereka penuh dengan nilai Islam dengan mencontohi Rasulullah SAW serta telah diiktiraf oleh baginda sebagai golongan terbaik. Mohd Sulaiman Yasin (1992) pula menjelaskan bahawa nilai-nilai akhlak yang ada pada sesebuah masyarakat itu adalah warisan dan peninggalan yang dipercontohkan dan dihidupkan oleh tokoh-tokoh dan pejuang-pejuang akhlak yang dipelopori oleh para nabi dan rasul.

Skop Akhlak Islam

Dalam menghuraikan fungsi al-Quran sebagai asas perlembagaan akhlak, Muhammad Abdullah Darraz (1973) telah menggariskan nilai-nilai akhlak yang dipetik dari al-Quran dan membahagikannya kepada lima kategori iaitu; nilai akhlak peribadi, nilai akhlak kekeluargaan, nilai akhlak kemasyarakatan, nilai akhlak kenegaraan dan nilai akhlak keagamaan. Jalaluddin dan Usman Said (1994) pula telah membahagikan akhlak Islam yang bersumberkan Al-Quran dan al-Sunnah kepada sembilan kategori utama iaitu akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap Rasul, akhlak terhadap Al-Quran, akhlak terhadap peribadi (diri), akhlak kedua orang tua, akhlak terhadap anak, akhlak dalam rumahtangga, akhlak terhadap sesama manusia dan akhlak terhadap lingkungan hidup. Setiap kategori utama pula dipecahkan kepada beberapa subkategori yang berkaitan bersandarkan nas-nas dari Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Jika diteliti kepada konstruk akhlak Al-Quran dan al-Sunnah, maka dapat dirumuskan bahawa akhlak Islam merangkumi beberapa dimensi psikologi iaitu sikap, sifat, tingkahlaku dan amalan secara langsung seperti keimanan kepada Allah dan Rasul (sikap), reda dengan ujian Allah (sifat), berdoa dengan penuh ketakutan dan mengharap (tingkahlaku) dan melakukan salat fardu lima waktu sehari semalam (amalan secara langsung). Rumusan ini bersesuaian dengan konsep akhlak seperti yang dinyatakan oleh beberapa tokoh akhlak Islam seperti Imam al-Ghazali (t.t.) dan Miskawaih (1966).

Dalam konteks sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia, konsep adab dan akhlak Islamiah yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi adab di dalam kehidupan harian, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu, dan adab dengan al-Quran (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR, 2002). Manakala di peringkat sekolah menengah pula, kandungan bidang adab dan akhlak Islamiah meliputi adab dalam kehidupan seharian, adab dalam kehidupan bersosial, adab dalam menunaikan ibadat, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab menuntut ilmu dan adab terhadap Allah dan Rasul. Selain dari itu, konsep akhlak juga turut dimasukkan di dalam beberapa bidang lain khususnya bidang tilawah al-Quran, hadis dan akidah (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002).

METODOLOGI KAJIAN

Satu kajian tinjauan telah dilakukan bagi mengenal pasti tahap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah yang telah melalui proses pendidikan sekurang-kurang selama lima belas di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Kajian tinjauan ini secara khusus bertujuan untuk mengenal pasti pola-pola penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah bagi tujuan kajian tindakan dan kajian lanjutan tentang hubungan penghayatan akhlak dengan aspek pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan sedia ada. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di kalangan tujuh puluh satu orang pelajar Islam di tiga buah sekolah menengah di Bahagian Kuching dan Samarahan, Sarawak. Ketiga-tiga buah sekolah dipilih secara rawak melalui teknik persampelan berkelompok bagi mewakili tiga jenis sekolah menengah yang biasa terdapat di negara ini iaitu sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah menengah harian bandar dan sekolah menengah harian luar bandar.

Pengutipan data kajian dilakukan dengan menggunakan instrumen Inventori Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah yang telah dibina berasaskan kategori dan senarai akhlak seperti yang disarankan oleh Darraz (1973). Ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan akhlak dibina dalam bentuk penyataan tingkahlaku akhlak dan dibahagikan menggunakan lima skala kekerapan berasaskan skala Likert . Item-item akhlak yang digunakan dalam inventori ini telah disahkan kandungannya oleh pakar-pakar dalam bidang Pendidikan Islam dari pelbagai institusi pendidikan tinggi tempatan. Kajian rintis kebolehpercayaan instrumen menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.9561. Analisis data kajian telah dilakukan secara deskriptif (min, sisihan piawai dan peratus) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 11.0). Item-item penyataan yang dinyatakan secara negatif (sama dari segi konsep atau penyataan bahasa) telah dikod semula mendapat gambaran sebenar penghayatan akhlak pelajar. Dapatan analisis deskriptif telah diinterpretasi berasaskan jadual yang disarankan oleh Nunally (1978) selain dari analisis deskriptif menggunakan peratus.


DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis deskriptif terhadap dua puluh sembilan item penghayatan akhlak peribadi menunjukkan secara keseluruhan, tahap penghayatan akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap sederhana tinggi. Analisis skor min secara terperinci pula menunjukkan, dari jumlah dua puluh sembilan jenis akhlak peribadi yang dianalisis, hanya enam jenis akhlak peribadi sahaja yang mencapai tahap penghayatan yang tinggi (skor min antara 4.01 hingga 5.0). Manakala analisis deskriptif bagi dua puluh tiga jenis akhlak peribadi yang lain menunjukkan tahap penghayatan yang sederhana tinggi (skor min antara 3.01 hingga 4.0).

Analisis deskriptif ini juga telah memberi gambaran tentang pola penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah dimana tahap penghayatan akhlak yang tinggi didapati daripada jenis-jenis tingkahlaku berakhlak yang terkandung dalam ertikata menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang keras dalam ajaran Islam (dosa besar) seperti larangan meminum minuman keras (beralkohol), larangan melakukan hubungan seks dan larangan agar tidak menunjuk-nunjuk dalam amalan (riya’). Begitu juga, tahap penghayatan akhlak yang tinggi juga didapati dalam perkara-perkara yang sering ditekankan dalam budaya kehidupan masyarakat Islam di negara ini seperti amalan memelihara kebersihan pada diri, pakaian dan tempat serta memastikan makanan yang dimakan adalah halal selain dari penekanan kepada ikhlas dalam melakukan ibadat.

Selain dari menunjukkan penghayatan pada tahap sederhana tinggi dalam sebahagian besar jenis akhlak peribadi, analisis deskriptif ini juga menunjukkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah yang dikaji, sekaligus memberi petunjuk tentang masalah-masalah utama akhlak di kalangan pelajar sekolah menengah. Tahap penghayatan akhlak yang agak rendah ini (min<3.3)>

Selain dari analisis deskriptif skor min dan sisihan piawai yang bertujuan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang tahap penghayatan akhlak, analisis peratus kekerapan tingkah laku juga telah dilakukan bagi memberi gambaran lebih terperinci tentang penghayatan dalam setiap jenis akhlak peribadi. Analisis peratus terhadap beberapa jenis akhlak peribadi menunjukkan sekitar 10.0% pelajar sekolah menengah sekurang-kurangnya pernah meminum minuman keras. Manakala sekitar 7.0% lagi sekurang-kurangnya pernah melakukan hubungan seks. Analisis peratus kekerapan juga menunjukkan masalah pergaulan yang bebas dan tidak berhemat selain dari masalah pendedahan aurat dan tidak menjaga pandangan yang agak tinggi di kalangan pelajar sekolah menengah yang terlibat. Pada masa yang sama, analisis terhadap kewajipan ibadah solat lima waktu sehari semalam juga menunjukkan peratus penghayatan yang amat rendah di kalangan pelajar sekolah menengah yang terlibat dimana hanya sekitar 16.0% pelajar yang mengatakan mereka amat kerap memenuhi kewajipan asas rukun Islam itu. Dapatan ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan tentang punca-punca kepada masalah gejala sosial yang berkaitan yang sedang dihadapi dalam masyarakat seperti seks bebas, pengguguran anak luar nikah dan rogol.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan tahap penghayatan akhlak peribadi di kalangan pelajar sekolah menengah adalah sederhana tinggi. Manakala analisis terperinci dari segi peratus kekerapa penghayatan tingkahlaku kesemua jenis akhlak peribadi menunjukkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi berbanding dengan beberapa jenis tingkahlaku akhlak yang lain. Dapatan kajian kecil ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran tentang status penghayatan akhlak yang menjadi antara objektif utama pendidikan di negara ini. Sekaligus, dapatan tentang pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak peribadi ini mungkin dapat menjelaskan punca kepada masalah gejala sosial di kalangan remaja yang sedang dihadapi dalam masyarakat kita pada masa kini.

Kajian tinjauan awal ini pada asasnya membuka ruang yang luas kepada prospek penyelidikan khususnya dalam bidang pendidikan Islam di negara ini. Prospek ini meliputi pembinaan instrumen penilaian penghayatan akhlak yang lebih komprehensif selain dari kajian hubungan penghayatan akhlak dengan budaya dan amalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan secara keseluruhannya. Kajian tinjauan ini juga membuka ruang kepada kajian-kajian yang berbentuk kajian tindakan untuk mengenalpasti secara lebih mendalam tentang punca kepada gejala sosial yang berlaku di dalam masyarakat.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri dan Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak Dalam KBSM: Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 1). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hal. 120-134.

Ahmad Amin. (1974). Kitab Al-Akhlaq. Beirut, Lubnan: Dar al-Kitab al-‘Arabiy.

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (Tanpa tarikh). Ihya’ Ulum al-Din. Qahirah: Maktabah Zahran

Al-Kaysi, Marwan Ibrahim. (2000). Morals and Manners in Islam. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.

Darraz, Muhammad Abdullah. (1973). Dustur al-Akhlaq fi al-Qur’an. Beirut: Muassasah al-Risalah.

Gabrieli, F. (1960). Encyclophaedia of Islam (New Edition). London: Luzac & Co. Vol. I.
Jalaluddin & Usman Said. (1994). Filsafat Pendidikan Islam: Konsep dan Perkembangan Pemikirannya. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Jamiah Hj. Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kassan. (2004). Prinsip Pengukuran Religiositi dan Personaliti Religiositi daripada Perspektif Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam International Seminar on Islamic Thought, 24-27 Disember 2004, UKM Bangi.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan Malaysia.

M. Umar Chapra. (1998). Economic Development in Muslim Countries: a strategy for development in the light of Islamic Teachings:129-199 dalam Misbah Oreibi (Ed.). Contribution of Islamic Thought to Modern Economics. Herndon, Virginia: The International Institute of Islamic Thought.

Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia: The way forward. Kertas kerja dibentangkan dalam mesyuarat The Malaysian Business Council, Kuala Lumpur.

Majid Fakhry. 91991). Ethical theories in Islam. Leiden: E.J. Brill.

Malek Bennabi. (1998). On the Origins of Human Society. Terjemahan oleh Mohamed

Miskawaih. Ahmad Ibnu Muhammad.(1966). Tahdhib al-Akhlaq. Suntingan C.K. Zuraik. Beirut: American University of Beirut.

Mohd Kamal Hassan. (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Mohd Sulaiman Haji Yasin. (1992). Akhlak Dan Tasawuf. Bangi, Selangor: Yayasan Salman.

Najati, Muhammad Uthman. (1993). Al-Hadith al-Nabawiy wa ‘Ilmu al-Nafs. Beirut: Dar al-Syuruq.

Nunally, J.C. (1978). Psychometric theory. New York: Mc Graw Hill Publication Company

Syed Ali Ashraf. (1990). Islamic Education and Moral Development I. The Metaphysical Dimension. Muslim Education Quarterly. Vol. 8, No. 1: 1-5

Tajul Ariffin Noordin. (1999). Falsafah pendidikan Negara : satu reformasi pembangunan abad ke-21. Isu-isu Pendidikan Negara. Jilid 1: 76-90

Wan Liz Osman Wan Omar. (2000). Gagasan Alaf Baru: Mencetus Kebangkitan, Membina Keagungan. Batu Caves, Selangor Darul Ehsan: Thinker’s Library Sdn Bhd.

Zakaria Stapa. (1999). Akhlak Islam : Konsep dan Sistem. Dewan Masyarakat, Mac : hal. 64-65.









Appendix
Jadual 1.1: Skor min dan Sisihan Piawai Penghayatan Akhlak Peribadi
Jenis Akhlak Peribadi
Min
Sisihan Piawai
Interpretasi
Minum minuman keras (-)
4.8
.58
Tinggi
Melakukan hubungan seks (-)
4.8
.65
Memelihara kebersihan dan kesucian diri
4.6
.83
Makan makanan halal
4.5
.88
Riya’ dalam amalan (-)
4.4
.84
Ikhlas dalam beribadat
4.1
.98
Teguh pendirian
3.9
.98
Sederhana Tinggi
Bersangka baik terhadap orang lain
3.9
.87
Tidak putus asa
3.9
1.1
Menutup aurat
3.9
1.3
Bergaul bebas (-)
3.8
1.1
Menghormati pandangan orang lain
3.8
1.2
Menipu (-)
3.8
.93
Bercakap dengan kasar (-)
3.8
.97
Mengumpat (-)
3.8
1.0
Berkata benar
3.8
.84
Berlumba-lumba melakukan kebaikan
3.8
1.1
Membazir makanan (-)
3.8
1.1
Taat kepada peraturan
3.7
1.1
Berlapang dada kepada kebenaran
3.7
1.2
Tidak berhemat dalam pergaulan (-)
3.7
.98
Bertaubat dari kesalahan
3.7
1.2
Bersederhana
3.6
1.2
Menolong orang lain melakukan kebaikan
3.4
.94
Berhemat membuat keputusan
3.3
.92
Menunaikan solat lima waktu
3.3
1.1
Memenuhi waktu dengan sia-sia (-)
3.3
1.2
Marah apabila disebut kelemahan (-)
3.2
1.1
Menutup pandangan
3.1
1.2

N=71

10
Jadual 1.2: Peratus Kekerapan Penghayatan Akhlak Peribadi
Akhlak
Kekarapan (%)
Tidak Pernah
Pernah
Sekali-sekala
Kerap
Amat Kerap
Menunaikan solat lima waktu
7.0
11.3
45.1
21.1
15.5
Melakukan hubungan seks (-)
93.0
2.8
1.4
1.4
1.4
Minum minuman beralkohol (-)
90.1
7.0
1.4
0.0
1.4
Menutup aurat
7.0
11.3
16.9
18.3
46.5
Menutup pandangan
11.3
15.5
39.4
15.5
18.3
Bergaul bebas (-)
40.8
16.9
31.0
8.5
2.8
Tidak berhemat dalam pergaulan (-)
23.9
31.0
38.0
4.2
2.8
Marah apabila disebut kelemahan
12.7
23.9
42.3
12.7
8.5
Memastikan makanan halal
1.4
2.8
8.5
19.7
67.6
Berkata benar
0.0
4.2
35.2
38.0
22.5
Lapang dada terhadap kebenaran
1.4
18.3
22.5
23.9
33.8
Berhemat membuat keputusan
2.8
8.5
54.9
19.7
14.1
Bersangka baik kpd orang lain
0.0
1.4
35.2
29.6
33.8
Teguh pendirian
1.4
5.6
22.5
33.8
36.6
Bersederhana
2.8
16.9
25.4
25.4
29.6
Ikhlas beribadat
0.0
5.6
26.8
22.5
45.1
Memberi bantuan
1.4
12.7
42.3
29.6
14.1
Tidak putus asa
1.4
12.7
19.7
29.6
36.6
Menghormati pandangan orang lain
0.0
19.7
18.3
21.1
40.8
Membazir makanan (-)
28.2
35.2
23.9
9.9
2.8
Riya’ dalam amalan (-)
60.6
26.8
9.9
1.4
1.4
Taat kepada peraturan
1.4
12.7
31.0
23.9
31.0
Mengumpat (-)
26.8
40.8
21.1
8.5
2.8
Membuang waktu dengan sia-sia (-)
16.9
22.5
40.8
9.9
9.9
Bercakap kasar dan menyindir (-)
28.2
32.4
32.4
5.6
1.4
Menipu (-)
26.8
36.6
31.0
4.2
1.4
Pelihara kebersihan dan kesucian diri
2.8
1.4
1.4
18.3
76.1
Bertaubat dari kesalahan
4.2
11.3
28.2
23.9
32.4
Berlumba-lumba melakukan kebaikan
4.2
8.5
28.2
23.9
35.2

N=71

Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti

Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras Pembangunan Staf Berkualiti[1]

Jamiah Manap, Prof. Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah, Prof. Madya Dr. Ezhar Tamam, Prof. Madya Dr. Sidek Mohd. Noah, Dr. Amini Amir Abdullah Dr. Norizan Yahaya, Halimah Alma Othman dan Hanina Halimatus Saadiah Hamsatun

Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM Serdang, Selangor


ABSTRAK

Staf berkualiti tinggi merupakan aset utama kejayaan sesebuah organisasi. Bagaimanapun, kehakisan nilai integriti di kalangan staf mengakibatkan wujudnya pelbagai kepincangan pentadbiran dan salah laku di sektor kerajaan mahupun swasta (Mustafar Ali, 2004 dan M. Kamal Hasan, 2004). Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memantapkan nilai integriti dengan melancarkan Pelan Integrasi Nasional di samping pelbagai dasar kerajaan sedia ada yang telah digubal dari masa ke semasa (Mustafar Ali, 2004). Menyedari kepentingan integriti sebagai teras pembangunan staf berkualiti, kertas kerja ini akan mengupas definisi, kerangka konseptual integriti dan nilai-nilai integriti. Ini selaras dengan matlamat negara bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa dan berbudi pekerti luhur. Kertas kerja ini juga turut mengemukakan cadangan bagi memantapkan nilai integriti individu. Sorotan literatur digunakan sebagai metod asas kajian dalam kertas kerja ini.

Kata Kunci: Nilai integriti dan pembangunan staf


Individul Integrity Value Enhancement As The Basis of The Development of High Quality Staff

ABSTRAC

A high quality staff is the most valuable asset of a successful organization. However, a lack of integrity values among staff contributes to many administrative problems and wrongdoings in the government and private sectors (Mustafar Ali, 2004 and M. Kamal Hasan, 2004). In response, the Malaysian government has taken the initiative to inculcate integrity values by implementing the National Integrity Plan in addition to several other related government policies. (Mustafar Ali, 2004). Knowing the importance of integrity as the foundation of high quality staff, this paper lays out the definition, conceptual framework and values associated with integrity. This is in-line with the nation's vision towards developing a moral and ethical society with strong religious beliefs and high conscientiousness. The paper also puts forth suggestions to enhance individual integrity values. Literature review was used as the central method of research.

Keywords: Integrity value and staff development


PENDAHULUAN


Negara sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M. Kamal Hasan, 2004). Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini berlaku akibat manusia kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai agama (M. Kamal Hasan, 2004). Justeru, Malaysia telah melancarkan pelbagai dasar, kempen dan slogan untuk mengukuhkan integriti masyarakat (Mustafar Ali, 2004). Antaranya Rukun Negara, penerapan nilai-nilai murni, piagam pelanggan, penggunaan tanda nama, penggubalan kod etika, hari bertemu pelanggan, manual prosedur kerja dan fail meja, sistem pengurusan akauntabiliti dan integriti, modul pengurusan integriti, laporan perisytiharan harta, program nilai murni, pusingan tempat kerja, Tonggak Dua Belas dan kepimpinan melalui tauladan (Mustafar Ali, 2004).

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat beretika dan dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala matlamat jangka panjang PIN adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004).

PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004). Justeru ‘Tekad 2008’ dikemukakan iaitu:
1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan
2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi
3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan
4. Memantapkan institusi keluarga
5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Strategi pelaksanaan dan pelan tindakan PIN merangkumi lapan komponen institusi masyarakat dan negara iaitu institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil (pertubuhan bukan-kerajaan), institusi sosiobudaya, institusi agama, institusi ekonomi, institusi politik dan institusi pentadbiran. Keberkesanan dan penentu kejayaan PIN merangkumi lapan komponen utama iiatu kesediaan individu untuk berubah, kepimpinan berteladan, pendidikan berterusan & berulang, komunikasi berkesan, kesediaan individu untuk berubah, kecukupan & kecekapan sumber, kerangka perundangan berkesan & kehakiman bebas, kerjasama jentera politik & pentadbiran serta persekitaran budaya yang kondusif (Mustafar Ali, 2004).

Menyedari kepentingan dan komitmen negara terhadap pengukuhan integriti sebagai asas pembangunan sumber manusia berkualiti, kertas kerja ini akan membincangkan tentang definisi, kerangka konseptual dan nilai integriti secara menyeluruh dalam usaha menjana sumber manusia dengan kualiti bertaraf dunia.

LATAR BELAKANG INTEGRITI

Integriti merupakan satu konsep yang kompleks (Widang & Fridlund, 2003). Integriti berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Pendefinisian terhadap istilah integriti boleh diklasifikasikan kepada empat perspektif iaitu ketekalan nilai peribadi, komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy, 2004).

Pellegrino (1990), merujuk integriti sebagai tahap/keadaan keseimbangan di antara ruang pribadi (privacy), autonomi and nilai individu. Roberts (1994), pula memberikan takrifan yang lebih mudah iaitu kesatuan di antara komitmen sepenuhnya kepada nilai yang dipegang dalam setiap ucapan dan tindakan seseorang. Takrifan Roberts (1994) selari dengan Musschenga (2001) yang menakrifkan integriti sebagi konsistensi dan koherensi dalaman keyakinan seseorang dengan penyataan dan tindakannya (Musschenga, 2001).

Integriti merupakan konsep penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004) kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 2004) serta melaksanakan perkara yang betul (Musatafar Ali, 2004). Justeru, integriti juga didefinisikan sebagai kepercayaan terhadap komitmen dan kemampuan seseorang memelihara moral diri tanpa sebarang kompromi (Gross, 2001). Integriti juga menerangkan elemen tingkahlaku pekerja dan kejayaan yang melibatkan urusan yang adil, kejujuran dan kebolehpercayaan di tempat kerja (Mehrabian, 2000).

Peranan dan Kepentingan Integriti di Kalangan Staf

Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan staf. Kajian terdahulu mendapati integriti mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu (Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan organisasi (Ones et. Al., 2003). Integriti membentuk staf yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et. Al., 2003 dan Mikulay & George, 2001) dan bebas daripada tingkah laku kaunter produktif (Mikulay & George, 2001). Antara tingkah laku kaunter produktif tersebut adalah mencuri, vandalisme, memanjangkan waktu rehat tanpa kebenaran dan ponteng kerja (Mikulay & George, 2001). Sebaliknya, kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan (Hardingham, 2004). Sehubungan itu, Mikulay dan George, 2001 mencadangkan pengambilan individu berintegriti tinggi untuk meminimumkan kadar kaunter produktif di tempat kerja (Mikulay & George, 2001).

Integriti mempengaruhi kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja, kejayaan perhubungan dan kejayaan fizikal staf (Mehrabian, 2000). Kejayaan emosi merupakan pengaruh untuk menjadi gembira, puas hati atau tenang dan sebaliknya risau, cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati (Mehrabian, 2000). Kejayaan kerjaya dan kewangan didefinisikan dalam konteks kejayaan kerja dan keupayaan mengawal kebiasaan perbelanjan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang (Mehrabian, 2000). Kejayaan kerja didefinisikan dalam aspek produktiviti tinggi, keseronokan bekerja, dedikasi terhadap tugas dan optimis terhadap kerjaya seseorang berbanding kebiasaan kerja yang teruk dan tidak dapat dipercayai, hubungan yang buruk dengan rakan sekerja dan penyelia, kecenderungan melakukan aktiviti yang dilarang di tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan (Mehrabian, 2000). Kejayaan dalam perhubungan didefinisikan dalam konteks kepuasan umum, keharmonian dan hubungan yang menggembirakan dengan rakan, rakan sekerja, saudara mara dan pasangan berbanding hubungan yang dipenuhi dengan konflik, pertentangan, kekecewaan, perpisahan dan kesengsaraan. Kejayaan fizikal didefinisikan dalam aspek kebiasaan berorientasikan kesihatan (seperti senaman berterusan, diet yang sihat dan rehat yang mencukupi) dan penjagaan kesihatan yang minima berlawanan dengan pengabaian kesihatan dengan kekurangan nutrisi, penyalahgunaan arak, tembakau dan penagihan dadah serta kekerapan pergantungan terhadap penjagaan kesihatan akibat penyakit kesilapan sendiri (Mehrabian, 2000).

Pembentukan Integriti Staf

Individu bertanggungjawab terhadap pembentukan integriti diri mereka. Menurut Aristotle, individu adalah bermoral apabila melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin, 1996). Oleh itu, Aristotle berpendapat adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan latihan (Wakin, 1996). Individu juga perlu mempunyai keberanian untuk menentukan sempadan untuk mempertahankan diri daripada perkara yang merosakkan dirinya sediri dan nilai yang dipegang (Widäng & Fridlund, 2003). Koonce (1998), pula menyarankan agar individu menyerlahkan kreativiti, tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor, melakukan perkara yang betul, tidak bersifat taksub kepada pribadi tertentu dan mendengar pendapat orang lain (Koonce, 1998) untuk menjana integriti diri mereka.

Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti. Komuniti mempengaruhi integriti professional kerana komuniti profesion tersebut terlibat dalam setiap tahap pembangunan profesional (Wakin, 1996). Komuniti menentukan kelayakan dan standard kecekapan ahli (Wakin, 1996). Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George, 2001). Pembangunan integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham, 2004). Pendapat ini selaras dengan Musschenga (2001), yang menekankan kepada pendidikan sebagai pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah dan kepentingannya serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri.

M. Kamal Hasan (2004), mengemukakan penyelesaian kepada kemelut integriti dalam konteks pribadi.dan konteks organisasi atau jabatan. Menurutnya, dalam konteks peribadi, individu perlu mengawal hawa nafsu, menyucikan hati, bertaqwa kepada Allah serta memantapkan aqidah dan akhlak tepuji. Organisasi pula perlu mematuhi kod etika Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang efektif. Beliau kemudiannya menyimpulkan, secara dasarnya integriti terbentuk daripada kekuatan rohani dan kesucian aqidah tauhid (M. Kamal Hasan, 2004).

Nilai-Nilai Integriti

Oleh kerana kajian integriti ini dibuat dalam konteks staf di Malaysia, nilai-nilai murni tersebut adalah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai tersebut adalah nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia kerana kakitangan perkhidmatan awam adalah cermin dan tauladan kepada masyarakat Malaysia khususnya dalam konteks kerjaya. Nilai-nilai ini dikongsikan bersama di dalam pelbagai kempen dan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan serta diwartakan melalui perantaraan media massa dan program-program khusus di seluruh Negara. Nilai dan etika perkhidmatan awam terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu, menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Tonggak Dua Belas berasaskan tujuh teras etika perkhidmatan awam iaitu: berazam meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membenteras kelemahan serta musuh negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Nilai dalam Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam: nilai peribadi asas, nilai mengutamakan pelanggan, nilai kepimpinan, nilai profesionalisme, nilai produktiviti/kualiti dan nilai-nilai keagamaan.

Kesemua nilai-nilai murni tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu kesucian hati (purity), amanah (trustworthiness) dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak (wisdom). Jadual 1 menunjukkan nilai dan etika perkhidmatan awam berasaskan tiga klasifikasi tersebut. Kesemua nilai-nilai ini adalah penting untuk memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai kualiti bertaraf dunia.

Jadual 1: Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam

Kesucian Hati
Amanah
Kebijaksanaan
Teras Perkhidmatan Awam
Berpegang teguh kepada ajaran agama
Meningkatkan mutu perkhidmatan, bertanggungjawab memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama membenteras kelemahan & musuh negara
Tidak mementingkan diri, bekerja penuh muhibbah & kemesraan

Tonggak Dua Belas

Ketinggian peribadi dan baik hati
Menghargai masa dan ketekunan menjalankan tugas, pengaruh teladan
keseronokan bekerja, nikmat mencipta, peningkatan bakat kreatif, kemualiaan kesederhanaan, kebijaksanaan berhemat dan kesabaran

Nilai Murni Profesional
Ikhlas
Adil, amanah, bertanggungjawab, dedikasi, tekun dan berdisiplin


Etika Pentadbiran Awam
Jujur, benar dan sopan
Adil dan berani
Pemaaf, sabar, tenang, mudah didampingi dan simpati

Nilai-Nilai Peribadi Asas
Ikhlas,
Amanah, bersih, ertanggungjawab,
berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama dan tekun
Sederhana
Kesucian Hati
Kebertanggungjawaban (Amanah)
Kebijaksanaan

Nilai Mengutamakan Pelanggan

Berbudi mulai, bersabar, sopan santun dan peramah

Nilai-nilai Kepimpinan
Adil
Berani dan syura

Nilai-nilai Profesionalisme

Jujur, neutraliti, akauntabiliti dan berkecuali
Berilmu, kreatif, inovatif, integriti, neutraliti, intelektual,

Nilai-nilai Produktif/ Kualiti
Produktiviti dan kualiti

Nilai-nilai Keagamaan
Bersyukur dan Beriman
Bertakwa


Perbincangan dan Cadangan

Kertas kerja ini memfokuskan kepada definisi, kerangka konseptual dan nilai-nilai integriti yang perlu diterapkan sebagai asas pembangunan staf. Fokus ini diberikan setelah menyedari kepentingan integriti kepada kesejahteraan dan kejayaan individu, organisasi dan negara. Perbincangan dimulakan dengan pendefinisian terhadap konsep integriti. Integriti dalam konteks kertas kerja ini didefinisikan sebagai:

“pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi”.

Definisi tersebut kemudiannya dikembangkan kepada model integriti untuk memahami konsep integriti secara lebih menyeluruh. Rajah 1 menunjukkan model integriti yang merangkumi empat komponen penting iaitu ilmu, motif atau niat yang betul, penghayatan nilai-nilai murni dan komitmen terhadap nilai tersebut.

Ilmu merupakan teras utama integriti. Ilmu dalam konteks ini adalah pegetahuan dan kefahaman tentang falsafah, nilai, kepentingan dan tujuan integriti dengan jelas dan mendalam. Ilmu ini kemudiannya akan memberikan kesedaran untuk menghayati nilai integriti bagi mencapai kecemerlangan diri dan organisasi. Motivasi yang kuat dan matlamat yang teguh ini kemudiannya akan mendorong individu untuk menghayati nilai-nilai integriti secara mendalam dan menjadikan ianya sebagai nilai yang sebati dengan dirinya. Apabila nilai tersebut telah sebati dengan jiwa individu, individu akan berusaha untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap nilai yang dipegang dalam setiap tutur kata dan tindakannya. Oleh itu, individu dikatakan mempunyai integriti yang tinggi apabila tindakannya selaras dengan nilai-nilai murni yang dipegangnya.




RAJAH 1
Model Integriti

Definisi dan model integriti yang dibincangkan hampir mempunyai persamaan dengan akhlak. Akhlak sepertimana integriti adalah nilai yang telah kukuh sebati dalam diri individu dan diikuti dengan komitmen sepenuhnya terhadap nilai tersebut sehingga ianya menjadi tabiat kebiasaan. Perbezaan diantara keduanya adalah pada piawaian dan motif nilai tersebut. Piawaian integriti adalah berasaskan nilai etika yang diterima sebagai nilai yang positif dan baik secara universal (nilai-nilai murni atau moral virtues). Piawaian nilai akhlak pula berpaksikan kepada nilai yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah. Motif integriti adalah kesejahteraan sejagat (universal peace) manakala motif akhlak adalah keredaan Allah SWT. Sehubungan itu, kerangka konseptual integriti tidak dapat lari daripada membicarakan persoalan akhlak kerana nilai akhlak bersifat mutlak dan terdapat perkongsian nilai di dalam kedua-dua aspek tersebut (aspek integriti dan akhlak).

Berasaskan model integriti yang dikemukakan, terdapat empat peringkat dalam proses pembentukan integriti iaitu ilmu (knowledge), motif (motive) atau niat, penghayatan (internalization) dan komitmen (commitment) atau amalan. Sehubungan itu, dalam usaha untuk memantapkan integriti staf, empat aspek di bawah perlu diambil kira:
1. ilmu dan kesedaran
a. mengetahui misi dan visi organisasi
b. mengetahui peranan staf kepada pencapaian matlamat organisasi
c. mengetahui spesifikasi tugas dengan jelas
d. mengetahui matlamat, kepentingan dan falsafah setiap nilai murni kepada diri dan organisasi

2. menetapkan motif atau matlamat yang ingin dicapai
a. menetapkan niat dan matlamat diri
b. memastikan matlamat diri selari dengan matlamat organisasi
c. menetapkan nilai-nilai murni yang ingin dihayati dan diamalkan
3. penghayatan nilai-nilai murni
a. menjadikan nilai-nilai murni sebagai nilai diri
b. membincangkan setiap nilai yang dihayati
c. menggalakkan orang lain mengamalkan nilai-nilai murni
4. komitmen/amalan
a. mengaplikasikan nilai-nilai murni di tempat kerja
b. mengaplikasikan nilai-nilai murni di mana sahaja

Nilai-Nilai Integriti

Nilai-nilai integriti dalam konteks kajian ini adalah nilai-nilai murni yang perlu diketahui, dihayati dan diadaptasikan di dalam kehidupan seharian oleh staf dalam organisasi untuk menjamin kesejahteraan dan kejayaan organisasi tersebut. Sehubungan itu, nilai-nilai integriti disenaraikan dalam Jadual 2 dicadangkan sebagai nilai integriti yang perlu dihayati bersama. Setiap nilai integriti tersebut dikategorikan kepada lapan jenis nilai iaitu nilai amanah, nilai bijaksana, nilai terminal, nilai instrumental, nilai pusat, nilai pinggiran, nilai eksplisit dan nilai implisit. Nilai amanah adalah nilai wajib yang membolehkan individu menyempurnakan amanah atau tanggungjawab yang diberikan.

Jadual 2: Matrik Nilai Integriti Mengikut Jenis Nilai



Nilai bijaksana merupakan nilai yang memerlukan kebijaksanaan individu dalam berfikir dan bertindak untuk mencapai misi dan visi organisasi. Nilai terminal merupakan tujuan akhir (end states) sesuatu tingkahlaku seperti nilai kehidupan selesa, kemanan, kebebasan, kebahagiaan, keharmonian dan kejayaan organisasi (Nelson, 2004). Nilai instrumental merupakan cara bertingkah laku (ways of behaving) seperti nilai rajin, dedikasi, bersopan, jujur dan pemaaf (Nelson, 2004). Nilai utama atau pusat merupakan nilai utama yang paling penting terhadap organisasi. Nilai sekunder atau pinggiran merupakan nilai pengembangan daripada nilai-nilai teras tersebut seperti syukur, sabar, sederhana, bersopan dan adil. Nilai eksplisit merupakan nilai luaran individu manakala nilai implisit pula merupakan nilai dalaman individu. Berasaskan jadual di bawah, 19 nilai amanah, 22 nilai bijaksana, lima nilai terminal, 37 nilai instrumental, 10 nilai pusat, 32 nilai sekunder, 17 nilai eksplisit dan 31 nilai implisit dikenalpasti daripada nilai-nilai integriti tersebut.

Dalam kajian ini, lima nilai teras telah dipilih iaitu berilmu, beriman, amanah, ikhlas dan tenang kerana ianya merupakan teras untuk mencapai kejayaan hidup. Oleh itu, kelima-lima nilai teras ini dikongsikan bersama bagi setiap sub elemen kejayaan di bawah (kejayaan emosi, hubungan, fizikal dan kerja). Selain daripada lima nilai teras tersebut, setiap sub elemen kejayaan yang juga tergolong sebagai nilai terminal memerlukan nilai-nilai instrumental untuk mencapai matlamatnya. Kejayaan emosi memerlukan individu berfikiran positif, pemaaf, baik hati dan bersyukur. Kejayaan fizikal memerlukan individu bersifat ceria, tertib dan cergas. Kejayaan hubungan memerlukan individu bersifat adil, sederhana, benar, mesra, penyayang, bekerjasama, beradab sopan, bertimbangrasa, ithar (mementingkan orang lain) dan sabar. Kejayaan kerja pula memerlukan individu mempunayi nilai kreatif, inovatif, berani, tegas, berhemat, teliti, produktif, tekun, syura, bertanggungjawab, adil, berdisiplin, berdedikasi, berketerampilan dan berkepimpinan.

Kerangka Konseptual Integriti

Berasaskan sorotan literatur yang dibuat, model pemantapan integriti dicadangkan untuk memahami kerangka konseptual pemantapan integriti secara lebih meluas dan menyeluruh. Rajah 2 menunjukkan hubungan di antara integriti staf, penilaian integriti, strategi pemantapan integriti dan motif utama integriti. Status integriti staf dapat diukur melalui alat ukuran psikologi, rekod kakitangan dan status produk atau perkhidmatan yang diberikan serta beberapa aspek lain. Maklumat yang tentang profail integriti staf membolehkan organisasi mengenalpasti strategi berkesan untuk mengukuhkan integriti staf. Staf yang dikenalpasti mempunyai integriti yang lemah perlu dibantu melalui program-program latihan ke arah pemantapan ilmu, iman dan akhlak serta mekanisme pentadbiran, penyeliaan dan latihan yang berkesan diperingkat organisasi. Ini kerana kedudukan integriti yang lemah boleh mengakibatkan tsunami di dalam organisasi. Tsunami dalam konteks ini adalah kerosakan sumber manusia dan material yang mengakibatkan kualiti dan produktiviti organisasi terjejas. Staf berintegriti tinggi pula perlu dilibatkan dalam program tersebut untuk memperkukuhkan lagi integriti mereka disamping membantu staf lain mengukuhkan integriti dengan menunjukkan teladan yang baik dan perhubungan yang membina. Oleh itu, proses pemantapan berlaku lebih cepat kerana faktor persekitaran kerja memberikan pengaruh yang besar terhadap integriti


RAJAH 4
Cadangan Model Pemantapan Integriti


Model Pemantapan Integriti Staf individu. Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan melahirkan staf berintegriti tinggi di dalam organisasi. Integriti yang tinggi di kalangan staf ini kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang tinggi samada dalam aspek fizikal, psikososial mahupun intelek. Staf yang berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan visi organisasi.

Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu boleh berubah mengikut masa dan situasi. Justeru, individu perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan integriti mereka manakala organisasi perlu melakukan pemantauan, menyediakan persekitaran yang membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang berkesan dari masa ke semasa.

Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen yang padu, sehubungan itu organisasi digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan staf berintegriti tinggi ke dalam organisasi. Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan tingkah laku dan pentadbiran dapat dikurangkan kerana staf yang tidak mempunyai integriti berkecenderungan mempengaruhi staf lain untuk melakukan kesilapan yang sama samada secara langsung atau tidak langsung.


MATRIK NILAI INTEGRITI STAF


Bibliografi

Gross, S. (2001). On Integrity, Psychodynamic Counselling, May2001, Vol. 7 Issue 2,
p207, 10p

Hardingham, L. B., (2004). Integrity and Moral Residue: Nurses as Participants in a
Moral Community, Nursing Philosophy, Jul 2004, Vol. 5 Issue 2, p127, 8p

Institut Tadbiran Awam Negara, (1994). Citrakarya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam
Perkhidmatan Awam, Malaysia: Institut Tadbiran Awam Negara

Koonce, R., (1998). Practice Your Own Successful Habits, Training & Development,
Mar98, Vol. 52 Issue 3, p19, 1p, 1bw;

Mahathir Mohamed, (1998). Petikan ucapan semasa melancarkan Gerakan Pemantapan
Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, di Ibu Pejabat
BPR Malaysia, Kuala Lumpur pada 8 Januari 1998.

Mikulay, S. N. and George, F. L., (2001). Counterproductive Workplace Behaviors,
Genetic, Social & General Psychology Monographs, 87567547, Aug2001, Vol. 127, Issue 3

M. Kamal Hassan, (2004). Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global, Kolokium
Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004.


Mehrabian, A. (2000). Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success
Potential or ‘Emotional Intelligence’, Genetic, Social & General Psychology Monographs, May2000, Vol. 126 Issue 2, p133, 107p

Musschenga, A. W., (2001). Education for Moral Integrity, The Journal of The
Philosophy of Education, Vol. 35, No. 2, 2001

Mustafar Ali, (2004). Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara Berkesan,
Kolokium Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004.

Nelson, T. E., (2004). Values and Political Culture. Dilihat pada 12 Januari 2004,
http://psweb.sbs.ohio-state.edu/faculty/tnelson/503/503Values.pdf


Ones, D. S., Viswesvaran, C. dan Schmidt, F. L., (2003). Personality and Absenteeism: A
Meta-Analysis of Integrity Tests European, Journal of Personality, Mar/Apr2003 Supplement 1, Vol. 17 Issue 2, pS19, 1p, 4 charts


Pellegrino E. (1990). The Relationship of Autonomy and Integrity in Medical Ethics.
Bulletin of PAHO 24, 361-371.

Roberts, A. B., (1994). Core values in a Quality Air Force, Airpower Journal,
Summer94, Vol. 8, Issue 2.

Stanford Encyclopedia of Philosophy, (2004). Integrity, dilihat pada 17 Januari 2004,
http://plato.stanford.edu/entries/integrity/


Widang, I., and Fridlund, B., (2003). Self-respect, Dignity and Confidence: Conceptions of Integrity Among Male Patients, Journal of Advanced Nursing, Apr2003, Vol. 42 Issue 1, p47, 10p, DOI: 10.1046/j.1365-2648.2003.02578.

Wakin, M. W., (1996). Professional Integrity, Airpower Journal, 08970823,
Summer96, Vol. 10, Issue 2



[1] Kertaskerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia pada 2 & 3 Febuari 2005 di Hotel Sofitel, Senai, Johor Bahru